Mesir-Liverpool 'perang dingin' angkara keputusan Salah


  • Podium
  • Rabu, 24 Jan 2024

Salah terpaksa dikeluarkan ketika Mesir dan Ghana terikat 2-2 dalam aksi pembukaan AFCON sebelum ini. — Agensi

KEPUTUSAN penyerang utama pasukan kebangsaan Mesir, Mohamed Salah yang menarik diri daripada skuad Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) menimbulkan rasa kurang senang daripada penyokong.

Dia yang mengalami kecederaan hamstring ketika berdepan Ghana 19 Januari lalu terpaksa disisihkan kerana tidak mahu masalah dialaminya menjadi semakin serius.

Kehilangannya pasti amat dikhuatiri penyokong negara Afrika Utara itu memandangkan mereka bakal berentap dalam peringkat 16 pasukan terbaik selepas ini.

Jadi, bagi menyuarakan kecewa itu, rata-rata pengguna tampil menyuarakan kekecewaan masing-masing di media sosial dengan mempersoalkan sikap patriotisme pemain tersebut buat negaranya.

Bagaimanapun, tohmahan berkenaan tidak dijawab penyerang berusia 31 tahun berkenaan kerana dia juga kelihatan kecewa atas kecederaan yang dialaminya.

BACA LAGI: Berhijrah ke Ajax, bekas kapten Liverpool tak terima gaji di Arab Saudi

thumb_93635_default_news_size_5

Pep tampil mempertahankan anak buahnya itu daripada terus dikritik ramai. Agensi

Oleh itu, tampil mempertahankan pemain lincah terbabit ialah pembantu jurulatih Liverpool, Pep Ljinders yang mengatakan tiada pihak boleh mempersoalkan komitmen Mohamed Salah.

"Saya tidak pernah bertemu seseorang sepertinya, baik sebagai pemain mahupun manusia. Saya tahu negaranya pasti akan kecewa atas kehilangannya.

"Dia beraksi dalam perlawanan pertama, menjaringkan gol dan mencatatkan satu bantuan jaringan juga. Tetapi, satu-satunya sebab dia terpaksa mengundur diri adalah atas nasihat pihak perubatan," katanya.

Mohamed Salah kini dilaporkan sudah kembali ke padang latihan Liverpool untuk menerima rawatan serta menjalani proses rehabilitasi untuk membolehkannya kembali dengan segera.

Berdasarkan pemeriksaan awal, pemenang Anugerah Kasut Emas Liga Perdana Inggeris (EPL) sebanyak tiga kali itu perlu disisihkan sehingga tiga atau empat minggu sekiranya semua proses berjalan lancar.

BACA LAGI: Fabrizio Romano dedah Liverpool mahu 'pancing' bek tengah baharu

815442-20610443-2560-1440

Penyerang legenda Mesir ini tidak terkecuali daripada mempersoalkan pendirian Salah. Agensi

Namun, keputusan tersebut masih sukar diterima rata-rata penyokong Mesir apabila ada daripada mereka yang terus mendesak Mohamed Salah untuk kembali membantu pasukan dalam kempen AFCON kali ini.

Ini termasuk penyerang legenda negara, Ahmed Hassan yang menyelar keputusan bintang tersebut untuk menarik diri kerana dia memikul peranan hebat sebagai seorang kapten.

"Dia merupakan seorang pemimpin, dia patutnya kekal bersama pasukan tidak kira apa situasi sekalipun, termasuk ketika anda terpaksa berdiri dengan sebelah kaki sahaja.

Komen daripada kedua-dua figura yang cukup dekat dengan Mohamed Salah itu seakan-akan memberi bayangan bahawa terdapat perang dingin berlaku di antara kedua-dua pasukan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram