Ranking negara dijangka jatuh mendadak, Indonesia berpeluang pintas Harimau Malaya


  • Podium
  • Isnin, 22 Jan 2024

Indonesia berpeluang memintas ranking negara jika Sang Garuda mara jauh dalam Piala Asia.

KEKALAHAN kepada Jordan dan Bahrain dalam kejohanan Piala Asia bakal menyaksikan ranking Harimau Malaya jatuh mendadak lima atau enam anak tangga.

Sebelum ini, ranking skuad negara mencatatkan peningkatan agak baik dalam ranking dunia apabila naik dari kedudukan ke-145 ke kedudukan ke-130 sejak Kim Pan-gon mengambil alih skuad kebangsaan pada 2022.

Namun selepas mengikut pengiraan tidak rasmi, skuad negara akan jatuh ke kedudukan ke-135 atau ke-136 dunia berbanding ke-130 dunia dalam kemas kini terakhir Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada 21 Disember lalu.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Lebih baik panggil yang bawa nama Malaysia', fans persoal kembali pemilihan pemain tiket VIP

Ranking

Kedudukan ranking tidak rasmi skuad kebangsaan ketika ini selepas tewas dua perlawanan dalam Piala Asia.

Kekalahan kepada 0-4 Jordan dalamm perlawanan pembukaan Kumpulan E pada Selasa lalu menyaksikan skuad kendalian Pan-gon itu kehilangan 12.65 mata.

Dalam perlawanan kedua menentang Bahrain pada Sabtu, skuad negara turut tewas 0-1, sekali gus menyebabkan kehilangan 12.50 mata.

BACA LAGI: [VIDEO] Lahir di Liverpool tapi 'buatan' akademi Man United, Malaysia dah jumpa pengganti Natxo Insa?

Selepas ini, Harimau Malaya akan berdepan Korea Selatan dalam aksi terakhir peringkat kumpulan dan jika tewas, Malaysia akan kehilangan 12.29 mata lagi.

Jika tewas lagi di tangan Korea Selatan, ranking negara akan jatuh dan Indonesia berpeluang memintas sekiranya Sang Garuda mara lebih jauh dalam Piala Asia.

Ini kerana, Indonesia berada di kedudukan ke-142 dunia dan semakin menghampiri skuad kebangsaan selepas mereka berjaya menewaskan Vietnam baru-baru ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram