[VIDEO] Selepas produk akademi Man United, kini 'protege' Kevin De Bruyne pula ada hubungan dengan Malaysia


  • Podium
  • Isnin, 22 Jan 2024

Daniel Batty menimba ilmu bola sepak di Akademi Manchester City.

SELURUH penyokong Harimau Malaya pastinya berasa kecewa selepas skuad kebangsaan terkandas awal di peringkat kumpulan Piala Asia baru-baru ini.

Ini kerana Harimau Malaya tewas dalam dua perlawanan menentang Jordan dan Bahrain sekali gus gagal mengutip sebarang mata.

Kesilapan percaturan taktikal ketua jurulatih, Kim Pan-gon ketika menentang Jordan pada aksi pembukaan Kumpulan E menyaksikan skuad kebangsaan dibelasah dengan empat jaringan tanpa balas pada 16 Januari lalu.

Dalam perlawanan menentang Bahrain pula, Pan-gon menurunkan lima pemain pertahanan serta Syamer Kutty Abba supaya dapat membantu Stuart Wilkin di kawasan tengah.

Taktikal separuh masa pertama skuad kebangsaan cukup menarik apabila beberapa halangan dan asakan berjaya dilakukan pemain-pemain Harimau Malaya.

Namun begitu, kemasukan pemain senior, Natxo Insa yang menggantikan Syamer Kutty pada babak aksi kedua merencatkan corak permainan Harimau Malaya yang sebelum itu dilihat lebih agresif.

Dengan itu, permintaan daripada penyokong kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mencari pemain berkualiti tinggi kini kian memuncak.

BACA LAGI: [VIDEO] Lahir di Liverpool tapi 'buatan' akademi Man United, Malaysia dah jumpa pengganti Natxo Insa?

Namun penyokong Harimau Malaya tidak perlu risau tentang masa depan skuad kebangsaan apabila pemain akademi Manchester City, Daniel Batty kini didakwa mempunyai keturunan dengan negara ini.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran laman Instagram pencari bakat, Frfuturetalents, Daniel Batty dikatakan mempunyai pertalian darah Malaysia melalui datuknya.

"Daniel Batty dilahirkan di Staylybridge, United Kingdom. Dia didakwa mempunyai keturunan Malaysia melalui datuk dan neneknya," kata Frfuturetalents.

BACA LAGI: Ranking negara dijangka jatuh mendadak, Indonesia berpeluang pintas Harimau Malaya

Man.City

Biografi Daniel Batty dalam laman sesawang Man City.

Pemain berusia 17 tahun itu beraksi di posisi tengah dan kelabnya Manchester City mengakui pemain itu seorang 'playmaker' yang terbaik.

"Daniel Batty ialah pemain tengah yang kreatif serta mampu menyerang dan mencipta peluang buat rakan sepasukan menjaringkan gol.

"Menyertai skuad Ben Wilkinson untuk musim 2023/24, Batty ialah pemain pasukan yang boleh memberikan keajaiban di bahagian tengah dengan memberikan gol dan bantuan jaringan dalam Liga Perdana B-18," tambah FrfuturetalentsMajoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram