Fabrizio Romano dedah Liverpool mahu 'pancing' bek tengah baharu


  • Podium
  • Rabu, 17 Jan 2024

Pendedahan menarik itu dibuat Fabrizio menerusi satu rancangan peribadinya yang dimuat naik di YouTube.

MESKIPUN berada di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool masih bercita-cita besar sepanjang jendela perpindahan musim sejuk yang kini berlangsung.

Berdasarkan pendedahan wartawan tersohor dari Itali, Fabrizio Romano, skuad kendalian Jurgen Klopp itu mahu membawa seorang bek tengah bagi mengukuhkan lagi benteng pertahanan mereka.

Dalam satu siaran peribadinya, dia berkongsi bahawa terdapat perancangan daripada skuad The Reds yang mahu berbelanja, tetapi tidak menolak urusan akan berlanjutan sehingga penutup kalendar perpindahan.

BACA LAGI: Dua firma pelaburan berebut ambil alih Liverpool

"Seperti saya katakan sebelum ini, Liverpool sedang mencari peluang untuk membawa seorang pemain pertahanan tengah walaupun tiada jaminan ia akan berlaku pada Januari ini.

"Saya tidak mengetahui siapakah yang dikaitkan, tetapi saya cuma dimaklumkan mereka berusaha menghubungi ejen kepada bek di posisi itu," katanya baru-baru ini.

0.4102808589186526

Kehilangan tonggak pertahanan dikhuatiri akan menjejaskan prestasi Liverpool. — Agensi

Ketika ini, skuad The Kop memiliki rekod pertahanan terbaik dalam EPL apabila hanya dibolosi sebanyak 18 kali dalam 20 perlawanan selain tidak dibolosi ketika berdepan pencabar terdekat seperti Manchester United.

Bagaimanapun, kecederaan dialami mana-mana pemain pertahanan, terutamanya Virgil van Dijk dan Ibrahima Konate akan mengganggu struktur skuad The Kop yang sedang mendahului dalam saingan liga.

Setakat ini, Liverpool sudah kehilangan khidmat Joel Matip yang mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) pada Disember dengan tarikh kepulangannya masih belum dikenal pasti.

Di samping itu, harapan juga tidak boleh diletakkan di bahu Joe Gomez yang terpaksa beraksi dalam beberapa posisi lain meskipun kebolehannya lebih terserlah sebagai seorang bek tengah.

Skuad kendalian Jurgen Klopp masih belum membawa masuk nama baharu sepanjang jendela perpindahan kali ini dengan pengurus dari Jerman itu seperti berpuas hati dengan pemain dimilikinya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram