[VIDEO] Permata baharu negara, produk Man United terima kontrak profesional berpotensi sarung jersi HM


  • Podium
  • Rabu, 24 Jan 2024

Wheatley berjaya menandatangani kontrak profesional dengan Man United walaupun baru berusia 18 tahun. — Agensi

SELURUH penyokong Harimau Malaya pastinya berasa kecewa selepas skuad kebangsaan terkandas awal di peringkat kumpulan Piala Asia baru-baru ini.

Ini kerana Harimau Malaya tewas dalam dua perlawanan menentang Jordan dan Bahrain sekali gus gagal mengutip sebarang mata.

Kesilapan percaturan taktikal ketua jurulatih, Kim Pan-gon ketika menentang Jordan pada aksi pembukaan Kumpulan E menyaksikan skuad kebangsaan dibelasah dengan empat jaringan tanpa balas pada 16 Januari lalu.

Dalam perlawanan menentang Bahrain pula, Pan-gon menurunkan lima pemain pertahanan serta Syamer Kutty Abba supaya dapat membantu Stuart Wilkin di kawasan tengah.

Namun begitu, kemasukan pemain senior, Natxo Insa yang menggantikan Syamer Kutty pada babak aksi kedua merencatkan corak permainan Harimau Malaya yang sebelum itu dilihat lebih agresif sebelum akhirnya dihukum gol lawan pada minit akhir perlawanan.

Dengan itu, permintaan daripada penyokong kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mencari pemain warisan berkualiti tinggi kini kian memuncak.

BACA LAGI: [VIDEO] Lahir di Liverpool tapi 'buatan' akademi Man United, Malaysia dah jumpa pengganti Natxo Insa?

Namun penyokong Harimau Malaya tidak perlu risau tentang masa depan skuad kebangsaan apabila pemain akademi Manchester United, Ethan Wheatley kini didakwa mempunyai keturunan dengan negara ini.

Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran laman Instagram pencari bakat, Frfuturetalents, Ethan Wheatley dikatakan mempunyai pertalian darah Malaysia melalui neneknya.

"Ethan Wheatley,18, berketinggian 1.85 meter, beraksi di posisi 'centre forward' untuk kelab liga utama England (Premier League 2), Manchester United.

BACA LAGI: [VIDEO] Selepas produk akademi Man United, kini 'protege' Kevin De Bruyne pula ada hubungan dengan Malaysia

"Dia mempunyai darah Malaysia melalui neneknya, turut berpeluang menyarung jersi kebangsaan England," kata Frfuturetalents.

Apa yang lebih menarik lagi, Wheatley berjaya menandatangani kontrak profesional dengan Man United walaupun baru berusia 18 tahun.

Sebelum ini Majoriti pernah melaporkan dua pemain England, Daniel Batty dan Thomas Roy Sang turut mempunyai peluang untuk menyarung jersi Harimau Malaya pada masa akan datang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram