Berhijrah ke Ajax, bekas kapten Liverpool tak terima gaji di Arab Saudi


  • Podium
  • Jumaat, 19 Jan 2024

Henderson hanya beraksi selama enam bulan bersama Al-Ettifaq. — Instagram/Ajax

PEMAIN tengah England, Jordan Henderson disahkan sudah menamatkan kariernya bersama Al-Ettifaq dengan kini kembali ke kancah bola sepak Eropah menyertai pasukan Belanda, Ajax Amsterdam.

Berdasarkan laman Instagram rasmi kelab, arkitek itu disahkan menjadi sebahagian keluarga kelab gergasi Belanda tersebut selepas baru sahaja selesai menjalani ujian perubatan dengan Ajax.

Keputusan Henderson meninggalkan kelab Arab Saudi berkenaan dibuat selepas hanya sempat beraksi enam bulan kerana dia difahamkan terganggu dengan cuaca panas dan kesukaran untuk menyesuaikan diri.

BACA LAGI: Fabrizio Romano dedah Liverpool mahu 'pancing' bek tengah baharu

WhatsApp Image 2024-01-19 at 12.19.00

Henderson diumumkan sebagai pemain baharu Ajax pada Khamis. — Instagram/Ajax

Jika segalanya berjalan seperti dirancang, Henderson akan membuat debut bersama Ajax dalam saingan Eredivise Belanda menentang Heracles di Stadium Erve Asito pada 28 Januari ini.

Di sebalik berita perpindahan berkenaan, timbul pula isu mendakwa bahawa pemain berusia 33 tahun itu tidak mendapat sebarang gaji sebanyak £350,000 (RM2.1 juta) seminggu seperti yang dijanjikan semasa dia ingin meninggalkan Liverpool sebelum ini.

Menurut laporan dari The Telegraph, bekas ketuas pasukan Liverpool itu masih belum memperoleh sebarang wang daripada gajinya dari Al-Ettifaq kerana digunakan untuk membayar cukai

Difahamkan, sekiranya Henderson beraksi selama dua tahun di Ettifaq, pemain itu akan mendapat byarna gajs seperti yang dijanjikan pada enam bulan lalu.

Laporan itu mendakwa bahawa cukai tersebut perlu dijelaskan dengan segera untuk membenarkan Henderson kembali ke Britain dan bermain untuk England. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram