Ikrar Sergio Aguero demi Tok Gajah dapat sokongan membara kapten HM


  • Podium
  • Rabu, 25 Jan 2023

Aguero (kir) dan Safawi dalam ketika menentang Laos pada perlawanan Kumpulan B, Piala AFF di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Disember lalu.

NAMA pemain naturalisasi, Sergio Aguero sudah tidak asing lagi bagi peminat bola sepak tanah air. Pemain berasal dari La Rioja, Agentina ini mula mengembangkan kariernya di Malaysia pada 2016 dengan menyertai kelab Melaka United FC. Sejak itu, namanya mula meniti bibir penyokong bola sepak.

Antara kelab yang pernah diwakili pemain berketinggian 175 sentimeter itu ialah Sarawak United FC, Penang FC dan Perak FC sebelum dia menyertai Skuad Tok Gajah pada 2021.

Selepas menepati syarat-syarat untuk memperolehi status naturalisasi itu, dia akhirnya diserap ketika kempen Piala AFF 2022 dengan sentuhannya sebagai penyerang didambakan.

Pemain berusia 28 tahun itu juga akhirnya menyarung jersi Harimau Malaya (HM) ketika perlawanan persahabatan berdepan Kemboja yang mana kelibatnya ketika itu kurang menyerlah.

Namun semangat juang yang dipamerkan bapa kepada dua orang anak ini membolehkan namanya dijulang apabila dia menjaringkan dua gol ketika kempen Piala AFF untuk membantu pasukan kebangsaan melangkah ke pasukan separuh akhir.

Walaupun tidak dapat bermain untuk skuad Tok Gajah pada musim lalu kerana status naturalisainya belum diluluskan, Aguero tetap dipilih untuk bersama Sri Pahang FC untuk musim ini.

Isu pendaftaran menyebabkan Aguero tidak dapat beraksi dalam skuad Tok Gajah pada musim lalu. — Facebook/Sri Pahang FC

Isu pendaftaran menyebabkan Aguero tidak dapat beraksi dalam skuad Tok Gajah pada musim lalu. — Facebook/Sri Pahang FC

Untuk rekod, dia hanya sempat beraksi dua perlawanan untuk Sri Pahang dalam Piala Malaysia musim lepas. Penyambungan kontrak itu membolehkan, Aguero menarik nafas lega kerana dikekalkan pada musim depan.

Sehubungan itu, penyerang berbisa ini berikrar untuk memberikan yang terbaik untuk Sri Pahang FC. Perkara itu diluahkannya menerusi satu hantaran di laman Instagram peribadinya, aguero.sergio16 yang menegaskan bahawa dia masih bersemangat bagi membantu kelab berpangkalan di Pantai Timur itu untuk terus mengcapi kejayaan.

"Alhamdulillah, saya dengan bangganya mengumumkan bahawa saya telah menandatangani kontrak dengan Sri Pahang FC untuk setahun lagi.

"Keputusan menyambung kontrak ini adalah amat mudah, Sri Pahang FC telah memberikan saya semua sokongan yang saya perlukan dan sekarang adalah masa untuk saya membayar balik kepercayaan & pelaburan kelab ini.

"Saya berharap dapat membawa sesuatu untuk Sri Pahang FC tahun ini. Saya berjanji saya akan cuba yang terbaik," tulisnya.

Aguero meraikan gol pembukaan Malaysia ketika menentang Laos pada perlawanan Kumpulan B, Piala AFF di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Aguero meraikan gol pembukaan Malaysia ketika menentang Laos pada perlawanan Kumpulan B, Piala AFF di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Disember lalu. — Facebook

Perkara itu pasti menyemarakkan semangat dalam kalangan penyokong Tok Gajah yang mengharapkan prestasinya ketika bersama HM dapat diteruskan.

Lebih menarik lagi hantaran yang dibuat pada Isnin turut mendapat respon positif daripada rakan sepasukannya yang juga merupakan kapten skuad kebangsaan, Safawi Rasid.

"Style," tulis Safawi dengan menunjukkan emoji api.

Emoji api yang ditunjukkan Safawi itu ibarat memberi semangat juang buat Aguero untuk terus bersemangat dalam Liga Super nanti.

Jika dilihat pada keputusan Sri Pahang FC untuk mengekalkan Aguero pada musim depan adalah satu langkah yang tepat.

Ini adalah kerana kelab tersebut memerlukan seorang penyerang yang kuat selepas kehilangan Lee Tuck yang menyertai Kedah Darul Aman FC.

Dengan adanya pemain tengah David Rowley, pastinya akan memantapkan lagi pasukan itu kerana Aguero sudah serasi dengan David yang bersama berjuang bersamanya dalam skuad HM. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram