Bukan sahaja Ryuji Sato, 2 lagi pengadil pernah bangkitkan amarah penyokong Malaysia


  • Podium
  • Khamis, 05 Jan 2023

JDT tewas 1-4 kepada jaguh Korea Selatan, Pohang Steelers pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas pengadil didakwa bertindak berat sebelah. — Facebook

JIKA disebut nama Ryuji Sato, siapa yang tidak kenal dengan pengadil berkenaan berikutan kontrovesi layangan kad merah kepada pemain Harimau Malaya (HM) Azam Azmi Murad yang didakwa mengasari Doan Van Hau diluar garisan padang pada aksi perlawanan Kumpulan B AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di antara Malaysia menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada 27 Disember lalu.

Tindakan pengadil dari Jepun itu membuatkan seluruh rakyat Malaysia berang kerana berasakan keputusan yang dibuat berat sebelah sehingga menyebabkan skuad bimbingan Kim Pan-gon tumpas 0-3 kepada Vietnam.

Manakan tidak, pengadil itu turut didakwa dengan sengaja memberikan penalti kepada Vietnam sekali gus memberikan peluang pada Que Ngoc Hai untuk menjaringkan gol kedua untuk pasukan Vietnam sebelum kubu Harimau Malaya, sekali lagi ditembusi menerusi jaringan Nguyen Hoang Duc tujuh minit sebelum wisel penamat ditiupkan.

Namun begitu kontrovesi pengadilan ini bukanlah kali pertama berlaku dalam arena bola sepak tanah air. Sebelum ini beberapa pengadil dari luar negara juga pernah mencetuskan suasana 'panas' di kalangan penyokong bola sepak. Selain Ryuji Sato, dua lagi pengadil yang membuatkan penyokong berang :

1. Christopher Beath : Malaysia Vs Hong Kong (Piala Asia 2019)

beathlead

Christopher Beath — Agensi

Christopher Beath pernah menjadi sensasi dan bualan penyokong bola sepak Malaysia pada 2019.

Ia berlaku ketika perlawanan antara Malaysia dengan Hong Kong di Stadium Hang Jebat, Melaka dimana pengadil tersebut telah mencipta keputusan kontroversi di hujung permainan.

Dalam perlawanan tersebut, pengadil berusia 38 tahun itu telah melayangkan kad merah kepada Rizal Ghazali dan Aidil Zafuan sekali gus menyukarkan hasrat Malaysia memperoleh tiga mata.

Pada masa sama, anak jati Australia ini juga memberikan sepakan penalti kepada Hong Kong namun nasib lebih menyebelahi pasukan negara apabila penalti tersebut diselamatkan penjaga gol, Hafizul Hakim pada ketika itu.

Pada perlawanan tersebut, skuad Harimau Malaya mengikat mata mengikat mata 1-1 bersama Hong Kong selepas Mohd Syazwan Zainon menjaringkan gol.

2. Shaun Evans : JDT Vs Pohang Steelers (Liga Juara-Juara Asia (ACL)) 2021

shauns evans wasit

Shaun Evans — Agensi

Siapa tak boleh lupa dengan Shaun Evans, pengadil yang pernah menjadi kecaman hebat penyokong Johor Darul Takzim (JDT) pada 2021.

Beberapa keputusan kontroversi pengadil dari Melbourne, Australia ini dilihat antara faktor JDT tewas 1-4 kepada jaguh Korea Selatan, Pohang Steelers pada aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada ketika itu.

Tindakan Evans, 35, menghadiahkan tiga sepakan penalti kepada Pohang dalam perlawanan tersebut menyebabkan skuad Harimau Selatan jauh ketinggalan untuk mengutip mata di Stadium Rajamangala, Bangkok dekat Thailand.

Kekalahan kepada Pohang Steelers juga menghancurkan hasrat JDT untuk menduduki tangga kedua Kumpulan G di belakang pasukan dari Jepun, Nagoya Grampus pada ketika itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram