Kemenangan Piala FA bukti kerja keras pemain JDT — Hector Bidoglio


  • Podium
  • Ahad, 11 Sep 2022

JDT meraikan kemenangan Piala FA selepas menewaskan TFC, 3-1, di Stadium Nasional Bukit Jalil. — Bernama

KETUA Jurulatih Johor Darul Takzim (JDT) yang baharu, Hector Bidoglio gembira dengan aksi luar biasa pemainnya dalam membantu beliau memperoleh kejuaraan sulung, selepas mengambil alih tempat bekas Ketua Jurulatih, Benjamin Mora pada Julai lepas.

JDT menjulang Piala FA selepas menumpaskan Terengganu FC (TFC) 3-1 di hadapan 84,321 penonton yang memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu malam.

Pengendali dari Venezuela itu amat gembira dengan aksi pasukannya yang memberikan tekanan yang tinggi kepada lawan dan itu sudah tentu membantu pasukan Harimau Selatan untuk memperoleh kejuaraan pertama Piala FA semenjak memenanginya pada 2016 selepas menewaskan PKNS FC , 2-1.

KUALA LUMPUR, 10 Sept -- Reaksi gembira jurulatih JDT Hector Bidoglio selepas pasukan kendaliannya menang ke atas Terengganu FC pada perlawanan Final Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.

JDT muncul juara Piala FA selepas menumpaskan TFC dengan keputusan 3-1.

--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA


Hector Bidoglio bangga dengan prestasi yang dipamerkan pemainnya. — Bernama

"Sebelum saya datang ke JDT, saya sedar pasukan ini adalah ‘pemenang’, mereka sering melangkah ke final di Malaysia dan saya rasa bangga untuk membantu JDT memenangi Piala FA.

"Terima kasih kepada ‘boss’ kami, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan juga mereka di dalam kelab di atas kepercayaan anda kepada kami," katanya.

Pada masa sama, jurulatih berusia 54 tahun ini menzahirkan kekagumannya kepada prestasi penjaga gawangnya, Mohd Farizal Marlias pada aksi final selepas beliau berjaya menyekat percubaan berbahaya Kapten TFC, Kipre Tchetce pada minit ke-25 perlawanan.

"Farizal tidak diturunkan dalam dua perlawanan sebelum ini tapi pada Sabtu, dia mempamerkan kehebatannya sebagai penjaga gol. Dia bukan sahaja hebat di padang tetapi juga cemerlang di dalam bilik persalinan," katanya.

KUALA LUMPUR, 10 Sept -- Aksi pemain JDT Bergson Gustavo Silveira Da Silva ketika diasak pemain Terengganu FC pada perlawanan Final Piala FA, JDT menentang Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini.Keputusan semasa, JDT 1-0 Terengganu FC.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Nafuzi Zain akui penguasaan bola TFC seperti sebelum ini tidak menjadi. — Bernama

Bidoglio juga berkata, mereka akan bekerja keras untuk memastikan mereka memenangi tiga kejuaraan dengan mempertahankan Piala Liga Super dan menjulang Piala Malaysia tahun ini.

Sementara itu, Ketua Jurulatih TFC, Nafuzi Zain berkata, pihaknya akur dengan kekalahan dialami dan menyifatkan JDT pasukan yang serba-serbi lengkap dengan ramai pemain berkualiti di atas padang.

"Pada malam ini kita dapat saksikan corak permainan penguasaan bola yang selalu kita terapkan semasa berlawan dengan pasukan lain tidak menjadi ke atas JDT.

"Ia sememangya sukar untuk diadaptasi pada perlawanan ini kerana mereka (JDT) lebih kehadapan dengan memperkukuhkan corak permainan tekanan tinggi," katanya.

Biarpun tewas, Nafuzi tetap memuji semangat juang dipamerkan Sang Penyu selain menyatakan masih banyak yang perlu dipelajari anak buahnya khususnya pemain muda untuk melangkah lebih jauh selepas ini. — Bernama

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram