Raja Charles III secara rasmi ditabal sebagai Raja Britain


  • Benua
  • Sabtu, 10 Sep 2022

Raja Charles III ditabalkan secara rasmi sebagai Raja Britain di Istana St James London, Britain. — Agensi

RAJA Charles III ditabalkan secara rasmi sebagai Raja Britain dalam satu istiadat di Istana St James London pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Turut hadir pada istiadat itu Putera William. Upacara itu turut disiarkan di televisyen dan ditonton jutaan rakyat Britain.

Majlis Pertabalan terdiri Kaunselor Privy, Pegawai Besar Negara, Gabenor London, Pesuruhjaya Tinggi Realm dan penjawat awam kanan, yang bersidang selepas kemangkatan seorang raja.

Ratu Elizabeth II, raja paling lama menduduki takhta dalam sejarah Britain, mangkat pada usia 96 tahun di Balmoral, Scotland, pada Khamis, selepas 70 tahun bersemayam di atas takhta. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram