KAWASAN pesisir pantai di Selangor dinasihatkan agar mengambil langkah berjaga-jaga kerana air pasang sehingga 5.5 meter (m) dijangka berlaku pada pukul 7.18 pagi pada 12 September dengan kemungkinan banjir kilat jika hujan lebat berlaku.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, ribut petir bertaburan turut diramalkan di Selangor dengan angin kencang melanda kawasan pantai.