Kecoh depan pintu masuk SNBJ, penyokong desak masuk stadium lebih awal sebelum pukul 6 petang


  • Podium
  • Sabtu, 10 Sep 2022

Penonton membuat kekecohan kecil sebelum masuk ke dalam stadium. — Sinar Harian

KEKECOHAN kecil dilaporkan berlaku di beberapa pintu masuk di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) apabila para penyokong meminta pihak berkuasa membukanya lebih awal.

Ia kerana penyokong-penyokong mahu mengelakkan diri daripada basah memandangkan keadaan cuaca yang mula hujan di kawasan sekitar stadium tersebut.

Difahamkan, pintu stadium akan dibuka pukul 6 petang seperti ditetapkan Malaysian Football League (MFL) sekali gus penyokong bola sepak perlu menunggu lebih sejam sebelum memasuki venue berkenaan.

Rata-rata penyokong mula menjerit dan meminta pintu dibuka lebih awal selepas melihat terdapat beberapa penyokong sudah berada di dalam stadium.

Bagaimanapun, pihak polis bertindak cepat apabila mengawal keadaan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku. — Sinar Harian

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

snbj, bola sepak, berita majoriti