'Jangan politikkan KDA FC' antara harapan penyokong kepada Daud Bakar


  • Podium
  • Selasa, 06 Sep 2022

Prestasi KDA FC dalam Liga Super musim ini menjadi pertikaian dalam kalangan penyokong. — Facebook/KDA FC

RAMAI penyokong Kedah Darul Aman (KDA FC) menyambut baik kehadiran pemilik baharu kelab tersebut, Tan Sri Dr Mohd Daud Abu Bakar.

Ternyata, kehadiran personaliti yang sememang dikenali ramai ini diharap dapat membawa perubahan dalam KDA FC terutamanya bagi menempuh Liga Super musim depan.

Beberapa penyokong KDA FC turut mengingatkan bahawa setiap perubahan memerlukan masa dan apa yang perlu adalah sokongan terhadap pasukan.

Seorang penyokong Sang Kenari, Syah Bani berkata, jangan letak harapan tinggi terhadap perubahan yang bakal dibawa pemilik baharu.

304851047_497245205570168_5922559651639673641_n

Penyokong mahu KDA FC bebas daripada unsur politik. — Facebook/KDA FC

"Biar dia bawa KDA FC secara perlahan-lahan. Jangan kita boros nak kejayaan tetapi nanti tersangkut dengan hutang sama seperti Melaka. Kita ikut macam Kelantan, kukuhkan kewangan," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penyokong, Fen Samurry berkata, apa yang penting ialah jangan ada campur tangan politik dalam KDA FC.

"Harap penyokong dapat beri masa kepada Mohd Daud untuk mengukuhkan pasukan. Nak bina team solid bukan dalam masa sehari atau setahun.

"Dia baru sahaja ambil alih saham KDA FC dan perlukan ruang serta masa untuk membentuk team yang lebih baik," katanya.

302204677_498926085402080_10615195300886712_n

Pemilik baharu KDA FC, Mohd Daud. — Facebook/KDA FC

Menyatakan hal sama ialah Izwan Ibrahim yang berharap supaya pemilik baharu KDA FC boleh mencontohi pemilik Kelantan FC menguruskan pasukannya.

"Norizam Tukiman menguruskan pasukannya secara solo. Hanya yang dia yang bercakap. Tiada CEO, SU atau BOD. Kalau masih ada saki baki politik dalam kelab memang takkan jadi apa-apa," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram