Buaian berputar terhempas di ketinggian 24 meter, 10 termasuk kanak-kanak cedera parah


  • Benua
  • Isnin, 05 Sep 2022

Buaian tersebut berada di ketinggian sekitar 80 kaki sebelum dilihat senget dan terjatuh ke bawah.

SEKURANG-KURANGNYA 10 orang termasuk wanita dan kanak-kanak dilaporkan mengalami kecederaan selepas buaian berputar yang dinaiki ‘terhempas’ dalam kejadian di kawasan Fasa-8 Mohali, Punjab, India.

Memetik laporan Tribune India, mangsa yang kebanyakannya cedera di kepala dan leher dibawa ke hospital di Mohali, untuk mendapatkan rawatan.

Dalam kejadian pada Ahad itu, buaian tersebut berada di ketinggian sekitar 24 meter sebelum dilihat senget dan terjatuh.

“Mereka yang cedera dikejarkan ke hospital, kami sedang menyiasat kejadian itu dan tindakan akan diambil tidak lama lagi,” kata Timbalan Pesuruhjaya Mohali, Amit Talwar.

Saksi berkata, lebih 15 orang dilihat berada di atas permainan itu ketika kejadian. Dakwanya juga, tiada ciri-ciri keselamatan yang diletakkan pada permainan itu.

Sementara itu, pengunjung yang lain turut berang dengan pihak pengurusan fun fair tersebut kerana kejadian seperti itu tidak sepatutnya berlaku terutama apabila ramai yang mengunjunginya pada hujung minggu.

Video yang memaparkan detik-detik ketika kejadian tular di media sosial pada Ahad. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

India, Kemalangan, FunFair, Terhempas,