Ketika Arie Sham mahu rombak Perak FC, ada penyokong mahu YCL kekal, apa kesudahannya?


  • Podium
  • Isnin, 22 Ogos 2022

Perak FC tewas 1-3 dalam perlawanan menentang FAM-MSN. — Bernama

KEKALAHAN Perak FC ke atas skuad muda Projek FAM-MSN, 1-3 pada Ahad membuatkan kemarahan penyokong mula memuncak.

Manakan tidak, pasukan yang dibintangi pemain senior boleh kalah dengan kelab yang dibarisi pemain remaja.

Malah, Ketua Pegawai Esekutif baru Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Arie Sham turut mengkritik aksi yang dipamerkan.

Arie Sham menerusi satu status di akaun Facebook miliknya juga menyatakan yang satu perubahan akan dibuat untuk The Bos Gaurus bagi musim depan.

IPOH, 21 Ogos -- Pemain Perak FC Muhamad Afif Asyraf (kiri) mengawal bola sambil dikawal pemain Pasukan Projek FAM-MSN Lokman Bah Di (kanan) dalam saingan Liga Premier Malaysia 2022 di Stadium Perak malam ini.Keputusan penuh Projek FAM-MSN menang 3-1 ke atas Perak FC.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kekalahan Perak FC menyaksikan skuad itu gagal ke Piala Malaysia. — Bernama

Di sebalik penyokong yang ingin Perak FC dirombak, ada sebahagian penyokong ingin ketua jurulatih, Yusri Che Lah dikekalkan.

Seorang penyokong kelab itu, Faizal Osman berkata, apa yang berlaku terhadap Perak FC kini bukan disebabkan jurulatih.

"Pilihan pemain yang terhad. Cuba beri Yusri pegang pasukan masa 2018, rasanya Perak pun boleh juara Piala Malaysia sebab masa itu pemain semua berada dalam prestasi terbaik," katanya.

Alif Haikal pula berkata, jika pengurusan tidak mahu mengekalkan Yusri, berilah dia jawatan lain yang sesuai dalam pasukan perak.

"Kita harus kenang jasa Yusri yang telah bersusah payah dan berhempas pulas menaikkan nama Perak. Kekalkan dia atau beri jawatan lain," katanya.

yusri-che-lah-800x445

Penyokong masih mahu Yusri bersama dengan Perak FC. — Facebook

Sensitiviti sama turut dinyatakan Paduka Syuib Hassan yang mengingatkan jasa Yusri kekal bersama pasukan walaupun dalam keadaan susah.

Jelasnya, ketika pemain tiada semangat, Yusri yang banyak membantu menaikkan moral pasukan.

"Masa pemain tiada gaji, dia bagi pilihan untuk cari peluang bersama pasukan lain tapi pemain pilih untuk kekal kerana yakin dengan pemimpin mereka.

"Paling utama dia adalah seorang ketua keluarga pasukan itu sendiri. Sebagai penyokong, kita perlu yakin dan beri kepercayaan dengan Yusri," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram