'Tak payah tiru JDT, tumpu Liga Super,' ulasan bodek Khalid Ali dibidas


  • Podium
  • Isnin, 22 Ogos 2022

Antara aksi perlawanan JDT ketika menentang Urawa Red Diamonds pada Jumaat. — Facebook/JDT

SELEPAS Johor Darul Takzim (JDT) teruk dibelasah 0-5 oleh Urawa Red Diamonds dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL), pada Jumaat, masih ada lagi yang tampil memberi respons positif terhadap kekalahan itu.

Ini termasuk legenda bola sepak kebangsaan, Khalid Ali yang menyarankan supaya semua pasukan beraksi di Liga Malaysia mencontohi JDT.

Khalid dipetik sebagai berkata, dua aspek penting iaitu kebijaksanaan badan pengurusan serta sistem latihan yang tepat perlulah dilaksanakan oleh semua pasukan.

Sebaliknya, bekas pemain tengah Harimau Malaya ini meragui prestasi semasa pasukan-pasukan lain.

Menurutnya, tidak mustahil tiga pasukan lain yang layak ke ACL kelak akan menjadi pasukan belasahan pasukan gergasi dari Jepun dan Korea.

Tambah Khalid, setiap pasukan tidak boleh terlalu selesa dengan prestasi sekarang, sebaliknya perlu mengubah beberapa perkara untuk memastikan kelab lebih stabil dan layak beraksi di peringkat tertinggi Asia.

Screenshot 2022-08-21 215735

JDT dibelasah 0-5 di tangan Urawa Red Diamonds. — Facebook/JDT

Namun saranan baik Khalid ternyata mengundang kecaman daripada rata-rata penyokong bola sepak tempatan yang lain.

Malah, ada yang menganggap beliau seolah-olah mahu membodek pemilik JDT yang juga Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Khalid Ali ni boleh diam tak? Nak bodek TMJ pun tak juga dapat job (kerja) sampai ke hari ni.

"Khalid Ali dan Aliff Syukri ni ada penyakit yang sama, " kata bidas Daniel Iskandar menerusi hantaran di laman Facebook.

Turut mempertikaikan kenyataan Khalid, Ben Mohsien mempersoalkan pasukan yang bakal beraksi dalam ACL, sekiranya semuanya mengikut jejak langkah JDT.

Justeru, dia mencadangkan pasukan lain supaya tidak meniru JDT, sebaliknya hanya menumpukan kepada perlawanan Liga Super.

Katanya, sekiranya bernasib baik, mereka juga boleh memenangi Piala Malaysia dan beraksi dalam saingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

"JDT pun patut tak payah susah payah kumpul point untuk Malaysia, nanti tak pasal-pasal Malaysia ada dua wakil main ACL.

"JDT kena dengan juara dua kali ACL pun kalah 0-5, ingat team lain boleh mimpi kurang dari tu ke?

"Sudah, jangan berangan tiru JDT. Wak Khalid saja nak provok team Malaysia yang tak seberapa bagus," katanya.

299817965_2366083183554967_5466485941189093918_n

Kesebelasan utama JDT ketika menentang Urawa Red Diamonds. — Facebook/JDT

Selain itu, Razali Hmz menulis: "Khalid, jangan macam tu. Haters tak suka. Module JDT tu bagus sangat ke? Haters ada modules sendiri."

Muhamad Afiq Daniel berkata: "Hebat mende dengan kelab nombor 7 Liga Jepun pun kena rogol bertubi-tubi. Kehebatan syok sendiri ke?"

Cadang Mohd Azrin Othuman: "Sepatutnya dia cakap semua pihak perlu menyaingi JDT. Barulah mewujudkan persaingan."

JDT kini kekal di tangga teratas Liga Super, dengan mengumpul 38 mata, memperoleh 12 kemenangan daripada 14 perlawanan.

Harimau Selatan itu bakal bertembung dengan Melaka United FC dalam perlawanan pada Isnin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram