KIRA-KIRA RM250 juta kutipan derma dan peruntukan telah dikutip untuk projek Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), kata Prof Datuk Dr Ewe Hong Tat.
Dengan peruntukan projek tersebut dianggarkan menelan belanja kira-kira RM330 juta, Presiden UTAR itu berkata, hanya tinggal kira-kira RM80 juta lagi baki untuk dikumpulkan.