Buaya gergasi heret mayat lelaki bogel gemparkan pengunjung lagun


  • Benua
  • Ahad, 21 Ogos 2022

Tangkap layar video memaparkan mayat mangsa sedang diheret oleh buaya gergasi tersebut.

SEEKOR buaya besar dirakam sedang mengheret mayat seorang lelaki tanpa seurat benang dalam kejadian yang berlaku di sebuah lagun di Mexico pada Khamis.

Sebelum menemui ajal, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an dipercayai tidak mengendahkan amaran larangan mandi atau berenang di kawasan itu.

Pengunjung yang hadir untuk melihat penyu di Laguna Del Carpintero, Tampico itu dikejutkan dengan seekor buaya berukuran 11 kaki, yang berenang melepasi mereka bersama mayat seorang lelaki.

template (18)

Kelibat buaya tersebut yang sempat dirakam. — Agensi

Pihak polis yang menerima laporan itu kemudian tiba di lokasi kejadian, manakala pemeriksaan lanjut mendapati, reptilia pemangsa itu telah mengheret jasad lelaki berkenaan ke lokasi pembetungan yang berdekatan.

Sementara itu, pihak bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk membuka penutup logam pembetung, sebelum berjaya mengikat mulut buaya dan menariknya keluar.

Mayat lelaki itu kemudian berjaya dikeluarkan daripada lubang pembetungan tersebut.

Kawasan lagun berkenaan sememangnya terkenal dengan serangan buaya dan beberapa individu sebelum ini dilaporkan telah menjadi mangsa reptilia itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram