Pasukan lain senyap sunyi, tapi Zamsaham tak kisah kongsi perjalanan TRW


  • Podium
  • Khamis, 18 Ogos 2022

Pemain Kelantan FC bersama barisan kejurulatihan. — Facebook/TRW Kelantan FC

SATU perkara yang cukup menarik untuk pasukan Kelantan FC selain daripada bakal menjadi juara Liga Perdana ialah perihal pemiliknya, Norizam Tukiman.

Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan nama Zamsaham sangat aktif menggunakan media sosial untuk memaklumkan secara peribadi segala aktiviti yang berlaku melibatkan pasukannya.

Setiap perkembangan melibatkan Kelantan FC termasuk duit yang keluar dan masuk akan dimaklumkan secara terus kepada peminat.

Petik sahaja nama akaun Norizam di Facebook, pasti dia akan membalas soalan yang dirasakan penting untuk penyokong tahu.

289265712_7642772912459816_6876756809240997327_n

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman. — Facebook/TRW Kelantan FC

Bagi pemerhati bola sepak Kelantan, Zuraimi Zukri, dia melihat situasi itu sebagai satu tahap yang berbeza bagi Kelantan FC.

"Penyokong tahu setiap perkembangan pengurusan dan pasukan. Rasanya tiada lagi pasukan tempatan seperti ini. Berkongsi segala perkembangan terus kepada semua.

"Bola sepak sekarang, selain permainan di padang, cerita perjalanan juga penting. Ia membuatkan pasukan itu hidup. Cuba tengok pasukan lain, senyap sunyi tak tahu cerita.

"Penyokong jadi tahu dengan baik perjalanan pasukan. Keep it up," katanya.

Perkara tersebut turut disokong oleh Leron Jannata yang menganggap tindakan itu membuatkan penyokong rasa dekat dengan pasukan.

298667161_7853898608013911_7563477957704395281_n

Sebahagian daripada aksi Kelantan FC di Liga Perdana. — Facebook/TRW Kelantan FC

"Benda ini bagus buat penyokong semakin bersemangat untuk turut sama membantu dengan kemampuan masing-masing.

"Self belonging tinggi dalam kalangan penyokong," katanya.

Sementara itu, Putera Putera pula menyambut positif tindakan Zamsaham yang sentiasa berinteraksi dengan penyokong.

"Pemilik macam ini yang kita mahukan, tak mustahil Kelantan FC akan menjadi lebih baik pada masa akan datang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram