Psikologi mantap, JDT mampu ikat seri Urawa — Dr Pekan


  • Podium
  • Khamis, 18 Ogos 2022

Sebahagian pemain JDT yang dibawa ke Jepun menjalani latihan untuk menghadapi saingan ACL. — Facebook/ JDT

GERGASI Liga Super, Johor Darul Takzim (JDT) tidak boleh berasa selesa dengan prestasi mereka di pentas liga domestik menjelang pertemuan dengan Urawa Red Diamonds FC dalam perlawanan pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara Asia 2022 (ACL) pada Jumaat.

JDT perlu meningkatkan intensiti dalam permainan selain membuat perubahan dalam skuad utama bagi memperkukuhkan pasukan apabila berdepan pasukan Jepun itu.

Pendapat itu disuarakan penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli yang turut berasakan skuad kendalian Hector Bidoglio itu perlu membuat sedikit rombakan dalam barisan pemain.

299113119_2363956067101012_4444667819909814908_n

Penyokong bola sepak tempatan tidak sabar untuk menyaksikan aksi Jordi Amat bersama JDT. — Facebook/ JDT

"JDT perlu tingkatkan permainan bercorak intensiti tinggi ketika berdepan Urawa. Saya menjangkakan JDT akan buat sedikit rombakan antara lain dengan memasukkan import termahal mereka, Jordi Amat.

"Paling penting gandingan Fernando Forestieri dan Bergson da Silva perlu menjadi duo yang digeruni Urawa dengan prestasi mereka. Kalau mereka bermain cara sama (seperti liga domestik) di pusingan awal, mungkin ada masalah sikit tapi secara keseluruhan JDT nampak lebih bersedia dari segi psikologi untuk berdepan Urawa," katanya kepada Majoriti.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Sportskeeda yang menyebut bahawa pendahulu liga Malaysia itu akan berusaha untuk meniru prestasi domestik mereka dalam aksi kalah mati Liga Juara-Juara AFC.

Pekan turut berpendapat misi JDT meraih tiket ke peringkat suku akhir ACL adalah tidak mustahil kerana mereka menunjukkan prestasi yang konsisten walaupun tanpa Benjamin Mora.

JDT

Gandingan Fernando Forestieri dan Bergson da Silva perlu menjadi duo yang digeruni Urawa. — Facebook/ JDT

Beliau berkata, JDT juga memiliki kelebihan kerana barisan pemainnnya bebas daripada kecederaan berbeza dengan Urawa yang berdepan sedikit masalah.

"Pemain pertahanan dan tonggak mereka dalam senarai kecederaan, jadi JDT boleh sekurang-kurangnya berhasrat mendapatkan keputusan seri untuk perlawanan pertama," katanya.

Tambah Pekan, secara keseluruhan, Urawa tidak berada dalam prestasi yang dibimbangi JDT kerana mereka baru menang 8 perlawanan daripada keseluruhan 28 perlawanan dalam Liga Jepun (Liga J).

"Cuma yang dibimbangkan adalah momentum mereka ketika ini sebab dalam form yang sangat baik. Kita tahu Liga J adalah liga yang sangat kompetitif, pencapaian Urawa tidaklah terlalu merisaukan JDT, cuma momentum itu yang dirisaukan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram