'Buat come back belasah Pahang', penyokong harap Harimau Kumbang tak putus asa


  • Podium
  • Khamis, 18 Ogos 2022

Antara aksi perlawanan Penang FC menentang Sri Pahang FC pada suku akhir Piala FA pada 23 Julai lalu. — Facebook/ Penang FC

MUSIM 2022 menyaksikan Penang FC menunjukkan pretasi yang tidak memberangsangkan dalam mengharungi Liga Super Malaysia.

Ketika ini, skuad kendalian Datuk Zainal Abidin Hassan berada di tangga tercorot dengan hanya mampu meraih 7 mata menerusi 15 perlawanan dalam carta Liga Super Malaysia 2022.

Bakal bertembung dengan pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan Liga Super, 18 Ogos ini, rata-rata penyokong berharap agar skuad Harimau Kumbang kembali bangkit.

Penyokong Haria Penang Haria berharap pasukan kegemaran mereka itu dapat membelasah skuad Tok Gajah sama seperti mereka beraksi di pentas suku akhir Piala FA pada 23 Julai lalu yang mana Penang FC berjaya menewaskan Pahang FC 5-2 dan berpesta gol di saat-saat akhir.

Penyokong fanatik Penang, Yus Hanamichi berharap pasukan itu terus berjuang dan tidak putus asa.

"Kita masih ada peluang untuk slot Piala Malaysia. Jangan give up.

"Lakukan yang terbaik untuk baki perlawanan yang ada. Bola itu bulat , apa pun boleh terjadi.

"Janji ada usaha. Kami akan sentiasa menyokong team," tulisnya.

"Harap player buat come back belasah Pahang seperti Piala FA, sedap sikit main di gelanggang sendiri," kata Wan Nizam.

Isu kekalahan yang sering menimpa Penang FC sememangnya mengundang perasaan marah dan kecewa dalam kalangan penyokong setianya.

Namun, rasa sayang penyokong terhadap pasukan kegemaran mereka dilihat masih lagi ada dan setiap penyokong ini sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk pasukan mereka.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram