
KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) berjaya meraih satu mata hasil jaringan kontroversi penyerangnya, Ronald Ngah Wanja pada minit ke-7 perlawanan.
Menerusi perlawanan menentang Sabah FC yang diadakan di Stadium Darul Aman, Kedah, The Rhinos juga memperoleh satu gol menerusi pemain gantian, Farhan Roslan pada minit ke-84.
Penyokong Sabah FC rata-ratanya menganggap gol yang dijaringkan Ngah Wanja berada di kawasan offside.
"Penjaring (Ngah Wanja) memang berada di posisi offside. Sepatutnya penjaga garisan angkat bendera," kata Mohd Gunawan Juri.
"Memang jelas offside tapi penjaga garisan itu sedang bermimpi," kata Santiago Pedro.
Sebahagian daripada aksi pertemuan antara KDA FC bersama Sabah FC. — Facebook/KDA FC
Dalam pada itu, prestasi pemain Sabah FC, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali juga menjadi persoalan dalam kalangan penyokong.
Rata-rata penyokong FC menganggap kedua-dua pemain itu tidak beraksi dengan baik ketika menentang bekas pasukan mereka.
"Baddrol main di kampung sendiri terus rasa hati berbelah bagi, biasalah itu," kata Fazree Azfar.
"Lain macam permainan Rizal dengan Baddrol. Rizal selalu buat overlap. Tapi malam ini banyak main di bawah, banyak loose marking.
"Saya faham, itu pasukan lama mereka. Baddrol sudah 16 tahun tidak tukar team, baru kali ini dia keluar. Sama seperti Rizal," kata Mohd Izzahruddin Rudiy.
"Baddrol dengan Rizal something wrong. Sebab masih teringatkan kenangan bersama Kedah," kata Ron Ny. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram