MFL bakal 'singkirkan' penyokong kasual


  • Podium
  • Isnin, 15 Ogos 2022

Insiden pergaduhan melibatkan penyokong Perak FC dan Kelantan FC baru-baru ini.

KEJAYAAN beberapa kelab dalam Liga Super untuk beraksi di peringkat antarabangsa kebelakangan ini berjaya menaikkan nama liga tempatan.

Namun, insiden pergaduhan melibatkan penyokong juga sedikit sebanyak mencemarkan perkembangan liga.

Antara perbalahan melibatkan penyokong yang terbaharu ialah Kelantan FC dan Perak FC yang menyaksikan penyokong The Bos Gaurus terpaksa dikumpulkan ke tengah padang.

Penyokong Kelantan FC pula mendakwa penyokong Perak FC juga melakukan provokasi dengan memijak bendera dan kencing di atas padang.

WhatsApp Image 2022-08-15 at 5.28.42 PM

Insiden pergaduhan antara penyokong Melaka United dan Sri Pahang. — Facebook

Perlawanan antara Melaka United dan Sri Pahang juga baru-baru ini menyaksikan berlaku pergaduhan di bahagian penonton yang sempat dirakam dan tular di media sosial.

Ada yang menyifatkan bahawa tindakan pergaduhan ini berpunca daripada kumpulan penyokong berideologi ganas yang juga digelar 'kasual'.

Apa tindakan MFL?

Menyedari insiden pergaduhan semakin berleluasa, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya sedang membincangkan satu keputusan segera untuk mengelak kejadian tersebut berulang.

"Kami memang memandang serius insiden pergaduhan dalam kalangan penyokong. Sejak kebelakangan ini insiden itu makin menjadi-jadi.

"Satu tindakan segera akan dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa dan pasukan. Tiada tempat untuk aktiviti keganasan dalam bola sepak moden dan kita perlu menyingkirkan budaya itu," katanya kepada Majoriti.

1900051_550681975027133_221519005_n

IJF sebelum ini pernah diharamkan daripada memasuki stadium. — Facebook

Ditanya sama ada MFL akan mengambil tindakan untuk menghalang kemasukan penyokong 'kasual', jelas Stuart, perkara itu juga akan dibincangkan.

Untuk rekod, pemilik Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim pernah mengharamkan kumpulan penyokong yang menggelarkan diri mereka Inter Johor Firms (IJF) daripada memasuki stadium.

Malah, mereka yang menganggotai IJF juga tidak diiktiraf sebagai rakyat Johor kerana kumpulan itu disifatkan sebagai pelampau yang mencemarkan nama negeri. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram