Tidak fikir nyawa sendiri, ibu selamatkan anak elak dipatuk ular


  • Benua
  • Isnin, 15 Ogos 2022

Tangkap layar wanita berkenaan menarik anaknya dari reptilia tersebut.

IBU adalah satu-satunya insan yang akan melakukan apa sahaja untuk anaknya dan perkara itu dibuktikan dalam satu kejadian mencemaskan di Karnataka, India.

Dalam kejadian itu, satu rakaman video menunjukkan keberanian seorang ibu menyelamatkan anaknya daripada seekor ular.

Menurut pengguna media sosial, insiden itu sempat dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kawasan sekitar Mandya Karnataka.

Dalam video tersebut, ibu dan anak lelaki itu keluar dari rumah mereka tanpa mengetahui ada ular sedang melintas di depan mereka.

Haiwan berbisa berkenaan cuba untuk menyerang kanak-kanak lelaki itu tetapi budak tersebut terkejut dan mahu berlari ke dalam rumah dengan melompat atas ular itu.

Ketika itulah wanita berkenaan menarik anaknya daripada dipatuk reptilia tersebut.

Dia kemudian memegang anaknya dan berlari masuk.

Pengguna media sosial yang menonton video itu berasa kagum dengan tindakan pantas ibu berkenaan.

Jika berlaku kelewatan walaupun satu saat pasti ular tedung itu mematuknya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

ular, patuk, ular tedung, ibu selamatkan anak,