'Ada tak kena' — Bekas jurulatih dakwa pengurusan Kedah berahsia?


  • Podium
  • Selasa, 02 Ogos 2022

Sebahagian daripada aksi ketika menentang TFC yang menyaksikan KDA FC tewas 1-2 pada pertengahan Julai lepas. — Bernama

"Pihak pengurusan seolah berahsia... Kita tak tahu apa yang tak kena."

Itu komen yang ditinggalkan bekas jurulatih Kedah, Azraai Khor berkenaan prestasi tidak menentu skuad Sang Kenari.

Untuk rekod, prestasi Kedah Darul Aman (KDA FC) mula tidak menentu selepas beraksi cemerlang hingga melepasi peringkat kumpulan dalam saingan Piala AFC 2022.

296307454_476871750940847_770044994255223056_n

Aksi penyerang KDA FC, Ronald Ngah Wanja (tengah) ketika menentang Sri Pahang FC. — Facebook/Kedah Darul Aman FC

Sejak kembali semula beraksi dalam kancah liga tempatan, KDA FC bertarung dalam lima perlawanan termasuk satu perlawanan Piala FA.

Namun, daripada kesemua perlawanan itu, skuad kendalian Aidil Sharin Sahak hanya mencatatkan satu kemenangan ketika bertemu Sarawak FC di Stadium Darul Aman, Kedah.

Ternyata prestasi merudum yang dihadapi KDA FC merisaukan penyokong yang melihat pasukan kesayangan mereka seolah-olah tidak beraksi di tahap yang maksimum.

Buat perubahan drastik

Dikenali sebagai pasukan yang sentiasa memberi cabaran dalam saingan Liga Super Malaysia, perubahan drastik perlu dilakukan untuk mengelak KDA FC terus tenggelam.

Perkara itu ditegaskan laman Facebook Hijaukuning.Com yang berpendapat, perubahan melibatkan pengurusan tertinggi dalam KDA FC perlu dilakukan.

296306169_476871427607546_3550139639465640558_n

Kesebelasan utama skuad KDA FC. — Facebook/Kedah Darul Aman FC

"Kami tidak menyalahkan mana-mana pihak di sebalik kemunduran prestasi semasa KDA FC sebaliknya keseluruhan individu dalam pasukan bermula daripada jawatan tertinggi sehinggalah ke barisan pemain perlu bertanggungjawab.

"Kalau ada beberapa masalah yang dikesan, harap dapat selesaikan secepat mungkin demi mengembalikan maruah dan kegemilangan skuad KDA FC," katanya.

Jelasnya, selepas ini skuad Sang Kenari bakal bertemu PS Makasar dalam saingan separuh akhir Piala AFC Zon Asia Tenggara.

Jika gagal memberikan saingan sengit katanya, berisan tertinggi di dalam KDA FC dituntut untuk menekan butang panik dan melakukan tindakan drastik sekali gus menyelesaikan kemelut prestasi pasukan kini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram