Letupan bom tersembunyi tepi jalan, 2 cedera


  • Benua
  • Selasa, 02 Ogos 2022

Penduduk kampung berkumpul di hadapan Hospital Mai Kaen bagi melihat keadaan kedua-dua mangsa. — Agensi 

DUA sukarelawan pertahanan cedera dalam satu letupan bom di Pattani, Thailand pada Selasa.

Menurut polis Pattani, kejadian itu berlaku ketika mangsa membuat rondaan di sepanjang jalan luar bandar berhampiran Ban Krachut di Tambon Mai Kaen.

"Bom yang disembunyikan di tepi jalan itu meletup dan mengenai kedua-dua mangsa pada pagi Selasa.

"Kedua-dua mangsa ini merupakan sebahagian daripada enam sukarelawan dari pasukan pertahanan yang betugas di daerah tersebut.

"Para sukarelawan pertahanan ini ditugaskan untuk melindungi para guru yang mengajar di Sekolah Ban Krachut," katanya.

Polis Thailand mengesyaki pemberontak tempatan yang bertanggungjawab terhadap insiden itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram