PERLAWANAN Johor Darul Takzim (JDT) menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) Isnin lalu dianggap sebagai perlawanan yang senang bagi pengendali baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio.
JDT berpesta gol dan membelasah KL City FC 5-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim.
Peminat sukan bola sepak tanah air, Jamil Racync Hasan menyifatkan perlawanan tersebut mudah bagi Hector yang baru saja menjadi ketua jurulatih baharu JDT.
"Set pemain yang sedikit berbeza dari Benjamin Mora. Harapnya dia gunakan sepenuhnya squad depth JDT untuk membentuk 2-3 set pemain,"
"Sampai ke wisel penamat, walaupun sudah mendahului dengan jaringan besar, JDT tetap konsisten menyerang. Tidak ada taktikal buang masa langsung.
"Safawi score padu. Arif kena ikat dengan Anwar Ibrahim tadi. Bagus budak itu, kena dengan nama.
"Ujian sebenarnya buat Hector mestilah perlawanan separuh akhir Piala FA lepas ni lawan Penang. Selepas itu, kita lihat dia boleh hadap Liga Juara-Juara Asia (ACL) ke tidak," tulisnya.
Pada perlawanan menentang KL City FC, skuad Harimau Selatan dilihat melakukan rombakan kecil dalam kesebelasan utama — Facebook
Pada perlawanan itu, skuad Harimau Selatan dilihat melakukan rombakan kecil dalam kesebelasan utama dengan menurunkan Adam Nor Azlin untuk posisi bek kanan.
Skuad Harimau Selatan itu juga tampak menguasai permainan sebaik aksi bermula dan terus mengasak tanpa memberikan ruang lansung pada KL City FC.
Kemenangan menentang KL City FC menyaksikan pasukan tuan rumah meraih tiga mata mencatat kemenangan bergaya di laman sendiri.
Sebelum ini, JDT mengesahkan pengunduran Mora kerana urusan keluarga di Mexico dan digantikan Hector sebagai ketua jurulatih JDT.
Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador.
Pengendali berusia 54 tahun ini pernah menimba ilmu di kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis.
Beliau juga pernah berguru dengan pengurus tersohor, Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009.
Dengan pengalaman luas pengendali kelahiran Rosario, Argentina itu, beliau diyakini mampu mengemudi JDT dalam menghadapi Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan juga mempertahankan kejuaraan Liga Super. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram