'Di mana Boris?' Balachandran ada jawapannya untuk penyokong Sarawak United


  • Podium
  • Isnin, 01 Ogos 2022

Kehilangan Boris menimbulkan tanda tanya pada penyokong selepas tidak beraksi dalam beberapa perlawanan penting. — Facebook

BORIS Lee sememangnya nama yang tidak asing lagi bagi peminat bola sepak Sarawak.

Mula menyertai skuad Ngap Sayot pada 22 Februari lalu, pemain berdarah kacukan Kemboja dan Perancis ini amat berpengaruh dalam mencorak permainan pasukan.

Namun begitu, kali terakhir pemain import ini dilihat bermain dalam pasukan Sarawak FC pada perlawanan Liga Super menentang Melaka United pada akhir Jun lalu.

Kehilangan pemain tengah itu masih menimbulkan tanda tanya pada penyokong selepas tidak beraksi dalam beberapa perlawanan penting.

Persoalan itu dibangkitkan oleh peminat di halaman Facebook Sarawak United Official.

"Mana Boris Kok?," tanya Stanly Albert.

"Lee Chang Hoon dan Boris Kok kalau diturunkan malam tadi (Ahad) pasti lagi mantap,"kata Gabriel Gemasthy.

"Lama dah tidak nampak kelipat Boris diturunkan, kemanakah dia menghilang?," kata Manhat Audrey.

facebook MFL

Sarawak United mengalahkan Penang FC 3-2 dengan gol Sarawak dihasilkan oleh Nor Azizi Ramlee, Uche Agba dan Gonzalo Manuel Soto — Facebook MFL

Teka teki itu terjawab apabila ketua jurulatih Sarawak FC, S. Balachandran memberitahu Boris kini sedang bercuti.

"Dia kini berada di Perancis sebab isterinya bersalin,"

"Bercuti panjang untuk menjaga isterinya di sana," katanya pada Majoriti.

Pada masa sama, Balachandran turut tidak bimbang dengan ketiadaan Boris.

"Ketiadaan Boris tidak menjejaskan perlawanan, kita ada pemain lain yang berkualiti,"

"Dari segi aturan permainan juga tidak terjejas," jelas beliau.

Skuad Ngap Sayot menewaskan Penang FC 3-2 pada saingan Liga Super di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang pada malam Ahad sekali gus membolehkan Sarawak mengumpul tiga mata penuh untuk berada di tangga kesembilan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram