Kalah memanjang, penyokong JDT kagum fans Sarawak United tak mudah 'koyak'


  • Podium
  • Jumaat, 29 Jul 2022

Penyokong Sarawak United FC masih menjaga tingkah laku dan disiplin walaupun pasukan mereka kalah teruk di tangan JDT di laman sendiri pada Rabu lepas. — Facebook/Ardi Saait

TINDAKAN penyokong Sarawak United FC (SUFC) yang sentiasa memberi semangat kesukanan tinggi wajar dicontohi semua penyokong bola sepak negara ini.

Walaupun Sarawak United FC tewas 0-4 pada Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya, Kuching, Sarawak pada Rabu, namun peminat terus memberikan sokongan padu kepada pasukan Ngap Sayot itu.

Selain dari semangat kesukanan yang tinggi, disiplin di antara penyokong SUFC juga belum patut diberi pujian.

Keputusan kalah kepada JDT diterima dengan hati terbuka dan penyokong Ngap Sayot masih menjaga tingkah laku dan imej pasukan ketika menyaksikan setiap perlawanan bola sepak.

Mentaliti penyokong Sarawak itu turut mendapat pujian peminat penyokong tegar, Mohd Syukri.

"Penyokong paling smart dalam Malaysia.

"Tewas 6-0 tewas 7-0 tetap terus memberi sokongan pasukan kesayangan.

"Walaupun mereka sedar mereka bukan King of Malaya bukan king of comeback!

"Hebat mentaliti mereka ini," tulisnya dalam satu hantaran di laman Facebook JDT FANS TEAM.

Rata-rata peminat sukan bola sepak JDT turut bersetuju dengan pendapatnya.

Penyokong yang setia macam ini yang akan membuatkan pasukan akan bangkit," kata Mohd Haither.

"Mentaliti sebegini yang kita mahukan. Mulakan daripada penyokong baik.

Mudah-mudahan satu masa nanti pengurusan dan pasukan akan jadi antara yang terbaik,"kata Sani Kassim.

JDT sebelum ini pernah berdepan dengan insiden buruk dengan penyokong Sabah FC.

Dalam pertembungan Liga Super di Stadium Likas pada 15 Julai lalu, Sabah tumpas 1-2 pada JDT.

Perlawanan itu dicemari dengan beberapa insiden buruk, termasuk membaling botol air dan perbalahan besar dalam kalangan peminat.

Kemenangan itu memastikan JDT mengekalkan rekod tanpa kalah sekali gus mengukuhkan kedudukan di puncak liga dengan 32 mata selepas 12 perlawanan setakat ini.

Manakala Sarawak United FC di tangga kedua tercorot liga dengan 10 mata selepas 13 perlawanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram