BERMULANYA saingan Liga Super Malaysia 2022, Penang Football Club (Penang FC) dilihat agak kurang menyengat dan menunjukkan pretasi yang tidak memberangsangkan.
Ketika ini, skuad Harimau Kumbang berada di tangga tercorot dengan hanya mampu meraih 7 mata menerusi 13 perlawanan dalam carta Liga Super Malaysia 2022.
Isu kekalahan yang sering menimpa Penang FC sememangnya mengundang perasaan marah dan kecewa dalam kalangan penyokong setianya.
Malah pertukaran jurulatih juga tidak dapat memulihkan prestasi Penang FC yang kini dikenalikan oleh Zainal Abidin Hassan selepas Tomas Trucha dipecat pada pertengahan musim.
Penyokong Harimau Kumbang itu menyifatkan prestasi merudum skuad tersebut disebabkan pelbagai faktor yang melibatkan isu pengurusan, kelemahan taktikal hinggalah jurulatih.
Bakal menentang Sarawak United pada Ahad ini, Penang Brotherhood menyeru penyokong pasukan itu untuk turun padang dengan memakai baju putih sebagai tanda protes.
Poster yang dikongsikan oleh Penang Brotherhood di halaman Facebook mereka — Facebook
"Hasil perbincangan gabungan penyokong Penang FC pada Khamis, sudah tiba masa untuk penyokong melakukan protes secara aman setelah melihat prestasi pasukan itu semakin menurun setelah 13 pelawanan.
"13 perlawanan dengan satu kemenangan adalah satu sejarah terburuk Penang FC setelah diswastakan.
"Pengurusan dah buat meet & greet tapi keputusan masih lagi sama sedangkan perancangan sudah ada.
"Sudah tentu perkara ini membimbangkan penyokong walaupun format liga sudah berubah tetatpi tidakkah pemain mempunyai maruah untuk mempertahankan pasukan yang diwakili dan mengaji mereka?
"Justeru kita harap penyokong beramai ramai turun berbaju putih untuk tunjuk pada pemain, kejurulatihan dan pengurusan yang kita tidak berpuas hati dengan situasi semasa kerana ini melibatkan maruah pasukan kami sendiri.
"Penyokong banyak berkorban dan wang ringgit sedangkan pemain mempunyai sikap sambil lewa dengan imbuhan gaji yang mencecah puluhan ribu sebulan.
"Pemain ditawarkan dengan gaji yang lumayan dalam Liga Malaysia tapi lepas kalah, kalah lagi tiada improvement dalam permainan," katanya.
Sebelum ini, penyokong Penang FC pernah menimbulkan kekecohan pada aksi Liga Super menentang Sarawak United pada 2017.
Kekecohan itu tercetus selepas skuad Harimau Kumbang kalah 0 -1 pada Sarawak United, kekalahan keempat berturut-turut dalam saingan liga.
Tindakan agresif dari peminat itu menyebabkan sebahagian daripada stadium Negeri Batu Kawan Terbakar.
Difahamkan, lima penyokong ditahan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram