Hajat Zamsaham tertunai, 'game' Kelantan FC, Kuching City bertukar masa


  • Podium
  • Jumaat, 29 Jul 2022

Kelantan FC kini berada di kemuncak prestasi dan masih kekal sebagai pendahulu Liga Premier.  — Facebook/TRW Kelantan FC

PENGEDALI Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan perlawanan antara pendahulu Liga Premier, Kelantan FC menentang Kuching City FC akan ditunda 15 minit kepada pukul 5 petang.

Perlawanan ke 13 dalam Liga Premier antara Kuching City FC dan Kelantan FC itu akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke- IV pada Ahad depan.

Untuk rekod, pertemuan skuad The Red Warriors (TRW) dengan Kuching City FC juga adalah perlawanan ketiga pasukan itu di laman sendiri musim ini.

294656222_7768724646531308_2026811165636611722_n

Zamsaham mahu waktu perlawanan dilewatkan untuk memberi ruang kepada penyokong menunaikan solat Asar. — Facebook/TRW Kelantan FC

Terdahulu, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau juga dikenali dengan nama Zamsaham pada Rabu memaklumkan yang dia sudah meminta kepada MFL supaya perlawanan itu dilewatkan.

"Saya sudah minta pengurus supaya mohon ke MFL dilewatkan perlawanan Kelantan FC melawan Kuching City pada Ahad depan kepada pukul 5.10 atau 5.15 petang.

"Permintaan itu adalah kerana faktor panas dan untuk selesaikan solat Asar dahulu," katanya.

294321383_7769128289824277_1543271322952498824_n

Kesebelasan utama skuad Kelantan FC. — Facebook/TRW Kelantan FC

Pertukaran waktu perlawanan ini adalah penting bagi Norizam kerana Kelantan FC pada musim ini mendapat sokongan yang padu daripada penyokong.

Malah, Norizam juga sempat menjelaskan yang pihaknya sedang berusaha untuk menyediakan tiket secara fizikal yang mencukupi bagi penyokong menonton perlawanan tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram