SEORANG bomoh tergamak memperkosa dua orang remaja di hadapan ibu mereka selepas lelaki itu terlebih dahulu merogol wanita terbabit dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Tugu Jaya.
Lebih menyayat hati, salah seorang anak mangsa berusia 22 tahun sedang hamil enam bulan, manakala seorang lagi masih bawah umur iaitu berusia 15 tahun.
Berdasarkan laporan polis, kes di Lempuing, Ogan Komering Ilir, Sumatera Selatan, Indonesia itu berlaku selepas mangsa, 39, percaya bomoh tersebut kononnya boleh mengubati gangguan jin.
Ketua Sektor Polis Lemembu, Ajun Komisaris Sembiring berkata, wanita terbabit berkenalan dengan suspek, 29, yang menggunakan nama Imam Syafaat di Facebook.
“Waktu itu, suspek mengaku sebagai perawat tradisional lulusan sekolah pondok terkenal yang mampu merawat gangguan jin,” katanya seperti dipetik portal IDNTimes.com.
Setelah cukup lama berkenalan, suspek kemudian meminta mangsa menghantar gambar tidak berpakaian dengan mendakwa kononnya dia boleh melihat jika ada gangguan jin pada tubuh mangsa.
Suspek yang kini dalam tahanan polis memperdaya mangsa dengan mendakwa dia kononnya boleh mengubati gangguan jin. — Agensi
Wanita itu akur dengan permintaan itu dan turut menghantar gambar anak bongsunya yang berusia 15 tahun.
Suspek mendakwa terdapat banyak jin jahat dalam tubuh kedua-dua mangsa dan meminta mereka berjumpa supaya dapat dirawat.
"Suspek akhirnya bertemu dengan mangsa dan anaknya buat kali pertama kali di kawasan pelancongan di Tugumulyo pada 14 Julai 2022.
"Ketika itu, suspek memberitahu dia ingin merawat mereka berdua dengan syarat mereka perlu menuruti semua perintah yang diberikan.
"Melihat kedua-dua mangsa terpedaya dengan tipu helahnya, suspek melakukan serangan seksual terhadap mereka," katanya.
Selepas tiga hari selepas pertemuan itu, suspek datang ke rumah mangsa dengan alasan dia akan melakukan ritual bagi memberi perlindungan kepada rumah tersebut bagi mengelak gangguan jin.
"Suspek turut meminta untuk bermalam di rumah mangsa,” kata polis.
Polis turut merampas barang kes berupa keris yang digunakan suspek dalam jenayahnya. — Agensi
Menurut Sembiring, suspek meminta suami mangsa menjalankan ritual menjaga keris di dalam bilik dan diingatkan untuk tidak keluar dari bilik itu.
Ketika itulah suspek melakukan kerja terkutuk dengan merogol ketiga-tiga mangsa selain mengugut akan membunuh mereka jika ada yang berani bersuara.
Tambah Sembiring lagi, perbuatan itu berlanjutan hingga 20 Julai 2022 selepas suspek mengajak anak bongsu mangsa ke rumah ibu bapa angkatnya dengan alasan mahu membantu dia mencari pekerjaan.
“Suspek mengambil kesempatan itu merogol mangsa yang masih di bawah umur sebanyak dua kali,” katanya.
Mangsa hanya menyedari mereka ditipu selepas suspek memeras ugut mangsa untuk menyerahkan duit sebanyak 10 juta rupiah (RM2,995). Sebelum itu, suspek pernah meminta wang berjumlah 2.9 juta rupiah (RM599).
Mangsa kemudian mengadu hal itu kepada suami sebelum mereka melaporkannya kepada polis yang membawa kepada penahanan suspek di kediamannya di Kampung Tuga Jaya pada Khamis. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram