The VIP Pass hidupkan kembali sektor pelancongan Malaysia


  • Bizz
  • Jumaat, 29 Jul 2022

The VIP Pass: Visit Malaysia Pass dilancarkan pada 22 Julai lalu.

DENGAN menggunakan VIP Pass untuk menempah hotel, anda berpeluang untuk menikmati enam malam percuma di 137 pilihan hotel di seluruh Malaysia dengan tempoh sah dalam masa dua tahun!

Keahlian bernilai RM600 itu juga menawarkan diskaun hebat dan tawaran pulangan tunai daripada pelbagai jenama hotel di seluruh Malaysia.

Pakej itu akan dipasarkan ke seluruh Singapura, United Kingdom, Australia, Thailand, India dan Hong Kong.

Dicetuskan oleh sepasukan pengusaha hotel dan pemain industri pelancongan yang berpengalaman, The VIP Pass: Visit Malaysia dilancarkan pada 22 Julai lalu.

The VIP Pass diwujudkan sebagai sokongan kepada rakan kongsi hotel yang kini dalam proses pemulihan ekonomi sektor pelancongan negara.

VIP logo (1)

The VIP Pass ialah portal eksklusif yang dikhaskan buat ahlinya sahaja.

Tetamu kehormat, Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (Motac), Datuk Seri Dr Santhara JP merasmikan majlis pelancaran tersebut.

Dr Santhara berkata, sejak sempadan dibuka sejajar dengan Fasa Peralihan kepada Endemik Covid-19 pada April tahun ini, Motac telah bekerja keras bagi memacu hala tuju strategik dengan tumpuan kepada pelancongan pintar.

"Menyelami Dasar Pelancongan Negara, kami komited untuk keluar dari zon selesa dan terus membawa agenda kami ke hadapan.

“Oleh itu, kami mengalu-alukan kewujudan The VIP Pass: Visit Malaysia dan berharap ia sejajar dengan dasar kami untuk mencipta semula dan mengubah industri pelancongan di Malaysia.

VIP PASS

Ketua Pegawai Eksekutif The VIP Pass, Sandeep S. Grewal (dua dari kiri) dan Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan Malaysia (Motac), Datuk Seri Dr Santhara JP (tengah) melancarkan The VIP Pass: Visit Malaysia.

"Kita bersedia untuk angin perubahan dengan daya saing, kemampanan dan keterangkuman dengan potensi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan Top 10 sekali lagi.” katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif The VIP Pass, Sandeep S. Grewal; Ketua Pegawai Eksekutif The VIP PASS, Aravind Sinniah Manoharan Periasamy; Pengarah Kanan, Promosi Antarabangsa (Asia & Afrika) Tourism Malaysia, Manoharan Periasamy; Ketua Pegawai Pembangunan UEM Sunrise Berhad, Mardiana Rahayu Tukira, wakil dari pelbagai hotel di Malaysia dan ahli media.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif The VIP Pass, Encik Sandeep S. Grewal, berkata biarpun hotel tidak berpenghuni, masih ada kos yang perlu ditanggung pihak hotel.

“Usaha kami adalah dengan mendapatkan bilik pada kadar yang rendah dan memberikannya kepada ahli kami. Ahli kami yang tinggal di hotel tersebut akan cenderung untuk berbelanja lebih di hotel melalui restoran dan spa sekali gus mewujudkan situasi menang menang bagi kedua-dua pihak.

"Kami menjangkakan akan membawa masuk tempahan bilik Hotel bernilai RM30 Juta untuk Hotel Malaysia dengan pas ini", katanya.

4

Dengan hanya RM600, ahli berpeluang untuk menikmati enam malam percuma di 137 pilihan hotel di seluruh Malaysia dengan tempoh sah dalam masa dua tahun.

Selari dengan sentimen Motac yang mahu menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan Top 10, pejabat baharu The VIP Pass ditubuhkan di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan serantau.

Pejabat baharu ini berada di ConfirmSpace.my yang terletak di Mercu Summer Suites, UEM Sunrise Development.

Beberapa Rakan Kongsi Hotel The VIP Pass yang hadir pada pelancaran mengakui pelaksanaan The VIP Pass membantu menstabilkan perniagaan mereka, di samping perkongsian yang saling menguntungkan untuk kedua-dua pihak.

Pengurus Besar Hotel Maya Kuala Lumpur, Sharmini Moganasundram menganggap The VIP Pass sebagai penyelamat di saat sektor pelancongan terjejas ekoran daripada pandemik.

"The VIP Pass adalah penyelamat ketika kami berada di titik paling rendah. Pandemik, ditambah dengan penutupan sektor pelancongan yang mendadak telah membuatkan kami mencari rakan kongsi perniagaan yang sanggup komited.

"Dan The VIP Pass telah menyelamatkan kami. Mereka bukan sekadar komited, tetapi mereka memberikan hasil. Kami terus meraih ganjaran daripada kerjasama yang hebat ini." katanya.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Kumpulan Pacific Regency Hotel, Henry Low mengakui terdapat peningkatan positif setelah bekersama dengan The VIP Pass.

"Kami senang bekerjasama The VIP Pass. Jumlah tempah semakin meningkat. Kami yakin lebih banyak tempahan akan dihasilkan daripada mereka," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram