Palestin dan Bahrain sudah bantu, Malaysia hanya perlu seri


  • Podium
  • Selasa, 14 Jun 2022

Kesebelasan utama yang diturunkan dalam perlawanan menentang Bahrain pada Sabtu lalu. — Facebook/FAM

PELUANG Harimau Malaya untuk menamatkan kemarau 42 tahun layak ke Piala Asia nampak semakin cerah selepas keputusan yang dicatatkan Palestin dan Bahrain.

Perkara ini kerana Palestin menewaskan Filipina, 4-0 dalam perlawanan di Ulaanbaatar, Mongolia pada Selasa sekali gus memberi harapan kepada skuad negara.

Ditambah pula dengan kemenangan Bahrain ke atas Turkmenistan (1-0) dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur pada Selasa menjadikan skuad negara hanya perlu mencatatkan keputusan seri untuk layak ke Piala Asia.

287188133_718795659193673_7353042040539086416_n

Bahrain menumpaskan Turkmenistan 1-0 sekaligus membuka ruang lebih besar untuk Harimau Malaya layak ke Piala Asia. — Facebook/FAM

Malaysia kini berada di kedudukan kedua dalam kumpulan E di bawah Bahrain yang sudah mengesahkan kedudukan mereka di Piala Asia.

Skuad Harimau Negara kini berkongsi tiga mata dengan Turkmenistan dan hanya memerlukan 1 mata (menerusi keputusan seri) untuk kekal ditangga kedua.

Sementara itu, warganet tetap berharap supaya skuad Harimau Malaya tidak leka dan terus fokus mendapatkan gol dalam perlawanan menentang Bangladesh pada Selasa di SNBJ.

"Jangan leka dengan seri yang memadai untuk layak. kita nak kemenangan besar untuk menaikkan semangat pasukan. Semoga Malaysia menang bergaya," kata CWing Wong.

286280827_717037552702817_6313896026899777854_n

Skuad Harimau Malaya ketika bertemu Bahrain baru-baru ini. — Facebook/FAM

"Minta menanglah, tak perlu seri. Harapan rakyat Malaysia lebih daripada keputusan seri," kata Nazrul Izzad Mat Nayan.

Mohd Salleh Johari pula berkata, kalah atau seri bukan pilihan, sebaliknya Malaysia perlu mencari kemenangan dalam perlawanan menentang Bangladesh.

Untuk rekod, skuad kebangsaan mempunyai rekod bersih berhadapan Bangladesh apabila melakar tujuh kemenangan dan dua seri sepanjang 10 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan.

Pertemuan kali terakhir adalah pada 2012 yang menyaksikan aksi persahabatan berakhir dengan 1-1. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram