Bukan takut kalah, tapi tiada keutamaan adakan PRU-15 — Takiyuddin


  • Politik
  • Selasa, 14 Jun 2022

PRU-15 mesti diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan September tahun depan.

KERAJAAN ketika ini adalah stabil dan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU-15) adalah bukan keutamaan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan masih mempunyai tanggungjawab untuk memulihkan negara dari konteks ekonomi dan kesihatan pasca pandemik Covid-19.

"Bagi saya, pilihan raya bukan keutamaan, kita punyai kerajaan yang stabil, mendapat sokongan pula daripada parti termasuk pembangkang, ada memorandum persefahaman (MoU) dan sebagainya. Tiada sebab kenapa perlunya pilihan raya tergesa-gesa.

"Bukan isu takut kalah, lawan tetap lawan dan ia terpulang kepada rakyat," katanya.

PRU-15 mesti diadakan selewat-lewatnya pada pertengahan September 2023, iaitu dalam tempoh 60 hari selepas penggal Parlimen kini terbubar secara automatik pada 16 Julai 2023. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram