Tewas acara permainan, pengantin lelaki pukul isteri depan tetamu


  • Benua
  • Selasa, 14 Jun 2022

Pengantin lelaki memukul kepala isterinya selepas gagal acara permainan. — Agensi

MAJLIS perkahwinan tentu sahaja menjadi satu detik bersejarah bagi pasangan kerana itulah saatnya untuk diraikan sebagai raja sehari.

Namun, detik manis itu menjadi saat ngeri buat seorang wanita apabila dirinya dipukul oleh suami yang baharu dinikahi.

Menerusi video rakaman yang tular, kejadian yang berlaku di Uzbekistan itu menunjukkan kedua-duanya diminta untuk bermain satu permainan sambil disorak oleh tetamu.

Berjaya memenangi acara itu, pengantin perempuan yang awalnya kelihatan tersenyum gembira tiba-tiba berubah selepas dipukul pada bahagian kepala dari belakang.

Sambil meletakkan tangan di kepala, pengantin itu kemudian 'angkat kaki' dan turun dari pentas sambil ditemani dua wanita lain.

59003175-10910695-image-a-5_1655107567190

Pengantin perempuan memilih untuk meninggalkan pentas selepas dipukul pada bahagian kelapa. — Agensi

59003169-10910695-image-a-4_1655107554065

Keadaan pengantin perempuan yang dipukul ketika majlis perkahwinannya sendiri. — Agensi

Tanpa rasa bersalah atau malu dengan perbuatannya, pengantin lelaki tetap berada di pentas dan memberi reaksi seperti tiada sebarang perkara berlaku.

Kejadian itu lantas memicu kemarahan warganet yang menggesa agar pasangan tersebut berpisah.

"Ini sangat menyedihkan. Saya berharap agar wanita itu akan mendapat keberanian untuk mendakwa lelaki tidak berguna yang memukulnya.

"Perkahwinan apakah ini? Lelaki itu mafia atau sebenarnya menolak untuk berkahwin," tulis pengguna Twitter.

Tidak hanya itu, warganet turut mengesa agar pihak berkuasa negara terbabit mengambil tindakan lanjut.

Pada masa sama, mereka tidak menolak kemungkinan jika perkahwinan tersebut berlangsung atas pilihan keluarga memandangkan perbuatan tersebut masih menjadi amalan rakyat Uzbekistan.

Sementara itu, pada 2019 satu kejadian sama berlaku apabila seorang lelaki menampar isterinya di majlis perkahwinan mereka.

Segalanya berpunca apabila lelaki terbabit berang dengan pasangan yang berpura-pura untuk menyuapkan kek kepadanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram