PEMERIKSAAN kesihatan Majlis Perbandaran Klang (MPK) melakukan 137 pemeriksaan sekitar Taman Meru Indah, Meru, Klang bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk pada Sabtu (11 Jun 2022).
Tindakan itu dilakukan selepas dua kanak-kanak berusia tiga dan tujuh tahun dari kawasan perumahan terbabit menghidap demam denggi.