Negara sekali lagi kehilangan bakat muda, pelatih NFDP meninggal dunia


  • Podium
  • Selasa, 14 Jun 2022

Allayarham merupakan penuntut di SSN Seberang Temerloh, Pahang. — Facebook NFDP

BOLA sepak Malaysia kehilangan seorang lagi pemain berbakat apabila pelatih dalam Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Mazhakimi Mazdi disahkan meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Berdasarkan kenyataan dari NFDP menerusi laman Facebook, pemain berkenaan meninggal dunia pada pukul 7.00 petang Isnin.

"Program NFDP sekali lagi berdukacita diatas pemergian seorang lagi pelatih dalam program ini iaitu adik Mazhakimi Mazdi yang terlibat dalam kemalangan jalan raya tempoh hari dan meninggal dunia pada jam 7 petang malam semalam (Isnin).

“Allahyarham merupakan bekas pelatih Akademi Tunas Sentul (2018-2019) dan kini menuntut di Sekolah Sukan Negeri (SSN) Seberang Temerloh, Pahang," kata kenyataan itu.

Mazhakimi juga antara pemain utama dalam pasukan bola sepak bawah 15 tahun SSN Pahang dan Allahyarham disifatkan sebagai seorang yang mempunyai prospek besar untuk berjaya sebagai seorang pemain bola sepak profesional.

saiful

Muhammad Saiful dilaporkan meninggal dunia akibat lemas.

faris

Allahyarham disifatkan sebagai pemain yang cukup berbakat dan mempunyai potensi besar.

Sebelum ini, arena bola sepak negara juga kehilangan dua lagi permata iaitu pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Muhammad Saiful Ezzudin Mustaffa dan penjaga gol skuad Piala Presiden TRW Kelantan FC, Muhammad Faris Ikmal Omar.

Muhammad Saiful Ezzudin dilaporkan meninggal dunia akibat lemas ketika mandi di sungai bersama rakan-rakannya di Kampung Sungai Limau, Baling, Kedah pada 24 Mac 2022.

Manakala, Muhammad Faris difahamkan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Kota Tinggi, Johor pada 29 Mei 2022 — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram