KEPUTUSAN aksi perlawanan persahabatan Fifa antara Bangladesh dan Indonesia pada Rabu merupakan sesuatu yang tidak dijangka penonton dan penyokong kedua-dua pasukan.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Indonesia itu berakhir dengan keputusan seri 0-0
Hal ini juga memberi tamparan hebat buat pasukan Indonesia yang sebelum ini merupakan antara pasukan yang menyerlah di pentas bola sepak Asia.
Di sisi lain, peminat Bangladesh pula dilihat mula 'bangga diri' kerana skuad Bengals Tigers berjaya mengikat Indonesia dan menyatakan bahawa mereka tidak sabar untuk bertemu Harimau Malaya pada 14 Jun 2022 di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Perkara itu dinyatakan menerusi satu hantaran Facebook oleh Sarul Sahab di grup Semuanya Bola Group yang turut mengatakan bahawa dengan kemenangan itu sudah terbukti bahawa Bangladesh juga jaguh dalam bola sepak.
"Jangan cakap Bangladesh tidak pandai bermain bola sepak, Indonesia yang pernah belasah Malaysia 4-1 pun kami boleh ikat 0-0.
"Tidak sabar mahu berjumpa Malaysia pada 14 Jun nanti," katanya.
Dalam satu hantaran berbeza pula, Sarul Sahab turut mengatakan bahawa pada perlawanan bertemu Harimau Malaya nanti, penyokong setia Bangladesh akan turun ke stadium untuk menyokong pasukan itu.
Katanya, dia yakin dalam perlawanan tersebut, Bangladesh akan berjaya menewaskan Harimau Malaya.
"Penyokong setia Bangladesh akan datang memberi sokongan kepada Bengals Tigers di Stadium Bukit Jalil nanti.
"Saya tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan tersebut dan yakin Bangladesh akan menang," ujarnya.
Tambahnya lagi dia juga mengajak semua penyokong Bangladesh untuk memenuhi stadium memenuhi stadium pada hari perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram