AKSI bintang Harimau Malaya, Akhyar Rashid menjelirkan lidah sebaik pengadil memberikan sepakan penalti bukan sekadar mencuit hati tetapi turut dilimpahi nasihat daripada penyokong bola sepak negara.
Akhyar pada pada aksi persahabatan bertemu Hong Kong pada Rabu, bertindak menjelir lidah ke arah rakan-rakan sepasukannya sebaik dijatuhkan pemain pertahanan Hong Kong pada babak pertama.
Rata-rata penyokong memberi nasihat dan menegur Akhyar berhubung kejadian itu yang dikatakan boleh mendatangkan masalah di kemudian hari.
Perkara itu dinyatakan mereka di ruangan komen sebuah hantaran akaun Facebook, Pecinta Bola Sepak Malaysia pada Rabu.
Salah seorang pemilik akaun, Norizan Mudat, menasihatkan Akhyar supaya tidak mengulanginya perbuatan tersebut.
"Jangan buat lagi, main bola kena ikhlas, itu nasib cuma persahabatan.
"Apa pun syabas untuk pasukan Malaysia," katanya.
Sementara itu, Yunus Omar pula mengatakan bahawa Akhyar tidak boleh melakukan perkara itu lagi jika perlawanan selepas ini menggunakan teknologi video bantuan pengadil (VAR).
"Jangan buat lagi macam itu Akhyar, jika pengadil buka VAR kamu dapat kad baru tahu," ujarnya.
Aleem Samad pula memberi nasihat ringkas, "Jangan diulang sikap macam itu, jadi penyebab sahaja nanti." komennya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram