Ketahui 5 'ubi muda' menyerlah di Liga Super


  • Podium
  • Ahad, 15 Mei 2022

Ariff Aiman antara pemain muda terbaik yang beraksi dalam saingan Liga Super musim ini. — Johor Southern Tigers

SEBAHAGIAN kelab masih mengekalkan pemain tonggak saingan Liga Super musim lalu, malah ada juga yang merekrut dan mendapatkan khidmat pemain-pemain baharu tidak kiralah dalam kalangan pemain import mahupun tempatan.

Cuma pada masa sama, beberapa kelab domestik juga dilihat memberi kepercayaan kepada pemain-pemain muda yang rata-ratanya berumur sekitar 20 hingga 25 tahun untuk menjadi pemain kesebelasan utama dan juga pemain gantian (super sub).

Berikut merupakan lima pemain muda dalam saingan Liga Super yang bukan sahaja memberi impak yang baik malah dan wajar diberikan perhatian khusus oleh peminat bola sepak tempatan pada musim ini:

442186692771181Aliff Haiqal Lau

Aliff melakukan debutnya bersama Red Giants dalam saingan Liga Super 2020. — Selangor FC

1. Aliff Haiqal Lau

Kelab: Selangor FC

Umur: 22 Tahun

Tarikh Lahir: 11 Julai 2000

Aliff yang juga pemain tengah berbakat mendapat durian runtuh apabila ketua jurulatih Selangor 2 merangkap Pengarah Teknikal ketika itu, Michael Feichtenbeiner dilantik sebagai ketua jurulatih skuad senior Selangor, tahun lalu.

Disebabkan itu, Aliff berpeluang melakukan debutnya bersama Red Giants ketika menentang UiTM FC dalam saingan Liga Super 2020.

Musim ini, pemain lincah ini dikekalkan bersama skuad senior dan disebabkan oleh beberapa kecederaan pemain utama, Aliff diberikan peluang untuk bermula sebagai pemain kesebelasan utama ketika menentang Terengganu FC.

Dia juga masuk sebagai pemain gantian ketika menentang Sri Pahang ketika aksi pertama Liga Super 2021 selain kekal mendapat kepercayaan Gergasi Merah musim ini.

rahadiazli-rahalim-vs-selangor-fc-liga-super-2021

Persembahan Rahadiazli (jersi biru) semakin menunjukkan peningkatan dan tampak lebih meyakinkan berbanding musim lalu. — Terengganu Football Club

2.Rahadiazli Rahalim

Kelab: Terengganu FC

Umur: 22 Tahun

Tarikh Lahir: 29 Mei 2001

Penjaga gol berketinggian 1.92 meter ini mencuri tumpuan para peminat bola sepak tempatan sejak melakukan debutnya ketika perlawanan menentang Perak pada aksi pertama Liga Super 2020.

Rahadi telah bermula sebagai pemain kesebelasan utama sebanyak dua kali dan posisi No.1 Terengganu FC dilihat menjadi milik mutlaknya, pada musim ini.

Dan berdasarkan pemerhatian, persembahannya semakin menunjukkan peningkatan dan tampak lebih meyakinkan berbanding musim lalu meskipun sering diselubungi kecederaan.

Adib-Raop-vs-Sri-Pahang-Liga-Super-2021-1536x1023

Adib Raop (kiri) seorang lagi pemain muda yang harus diberikan perhatian. — Malaysian Football League

3. Adib Raop

Kelab: Perak FC

Umur: 22 Tahun

Tarikh Lahir: 25 Oktober 1999

Anak jati kelahiran Bagan Datuk, Perak ini merupakan seorang lagi pemain muda yang harus diberikan perhatian.

Adib telah melakukan debutnya bersama skuad senior pada musim lepas, dan dijangka pemain tengah ini bakal mendapat lebih banyak peluang musim ini.

Ketika menentang Sri Pahang baru-baru ini, Adib dimasukkan oleh Chong Yee Fatt untuk menggantikan J. Partiban.

Arif-Aiman-Ramadhan-Saifullah-JDT-vs-Kedah-Darul-Aman-Piala-Sumbangsih-1536x1023

Ariff Aiman (kiri) pemain termuda dalam sejarah memenangi gelaran MVP iaitu di usia 19 tahun. — Johor Southern Tigers

4. Ariff Aiman

Kelab: Johor Darul Takzim (JDT)

Umur: 20 Tahun

Tarikh Lahir: 4 Mei 2002

Wonderkid paling menyerlah, Ariff Aiman Hanapi menyertai skuad utama JDT dengan membuat penampilan sulung dalam pasukan seniornya itu pada Mac 2020 ketika berusia 17 tahun 10 bulan.

Di kala pemain seusia dengannya sedang bergiat bersaing di Piala Presiden atau Piala Belia, Arif ketika itu sudah mampu bersama dengan kelab terbaik Malaysia.

Ketika anugerah bola sepak kebangsaan 2021 (ABK2021), beliau dipilih sebagai pemain Paling Bernilai (MVP), penyerang terbaik dan pemain muda terbaik pada edisi berkenaan,

Beliau menjadi pemain termuda dalam sejarah anugerah itu yang memenangi gelaran MVP iaitu di usia 19 tahun, selain rakan sepasukan, Safawi Rasid yang merangkulnya ketika umur 21 tahun (2018).

fairuz-Zakaria-vs-sabah-fc-liga-super-2021-1536x1025

Ketika perlawanan Piala Sumbangsih, Fairuz (kanan) diberikan debut dalam saingan liga domestik. — KDA FC

5. Fairuz Zakaria

Kelab: Kedah Darul Aman FC

Umur: 25 Tahun

Tarikh Lahir: 25 Mei 1997

Pada jendela perpindahan lalu, Kedah Darul Aman mengambil keputusan untuk melepaskan bek kiri, Alif Yusof.

Justeru, sebelum bermulanya musim ini, Aidil Sharin Sahak membuat keputusan untuk menandatangani khidmat bekas pemain Piala Presiden Kedah, Fairuz Zakaria.

Ketika perlawanan Piala Sumbangsih 2021, Fairuz turut diberikan peluang membuat debut dalam saingan domestik.

Dalam perlawanan tersebut, walaupun terpaksa mengekang duo JDT iaitu Safawi Rasid dan Arif Aiman, Fairuz kelihatan yakin dan mampu menyerap asakan. Musim ini, dia telah bermula sebagai kesebelasan utama Sang Kenari sebanyak dua kali. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

ubi muda, pemain muda, Liga Super,