'Penyokong tak sanggup tunggu lama'


  • Podium
  • Isnin, 02 Mei 2022

Faisal (kiri) merupakan antara produk pembangunan TFC. — Facebook/TFC FC

JOHOR Darul Takzim (JDT) membuktikan pelan pembangunan serta perancangan yang teliti dalam tempoh beberapa tahun mampu membuahkan kejayaan di peringkat Asia.

Pencapaian melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Asia (ACL) merupakan sesuatu yang membanggakan bagi arena bola sepak tempatan.

Namun, JDT bukan satu-satunya yang stabil dari sudut kewangan dan fasiliti malahan pasukan seperti Terengganu FC (TFC) turut memiliki kemudahan sama.

TFC merupakan antara pasukan yang disebut-sebut boleh mengikuti jejak langkah JDT tidak lama lagi namun ada warganet melontarkan pandangan berbeza.

Menurut pengguna Facebook, Podya Ismail, TFC memiliki ramai bakat muda yang bagus namun perlu tukar kaedah pembangunan ke peringkat antarabangsa, bukan sekadar di tahap Liga Super.

"Terapkan bola sepak Smart Intelligent daripada awal lagi.

"TFC dapat berdaya saing dan konsisten di peringkat lebih tinggi dalam masa tiga hingga lima tahun akan datang," katanya.

Habib Haroon antara pemain import TFC yang gagal menepati jangkaan. — Facebook/TFC FC

Namun ujar seorang lagi pengguna Facebook, Kasma Kasma, para penyokong lebih bersikap seperti 'mee segera' dan enggan menunggu terlalu lama.

"Awal tahun tandatangan pemain baharu, lepas itu nak import setaraf Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo.

"Apabila pemain import tak serasi dengan taktikal, separuh musim suruh tukar.

"Itu dah jadi lumrah penyokong kita tak nak tunggu ubi-ubi muda meletupkan sedangkan kita tengok pemain seperti Rahadiazli, Azam Azmi dan Faisal Halim semua dapat kesebelasan utama," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

TFC, Nafuzi Zain, FAM, MFL, pembangunan, JDT, ACL