'Ubi muda' TFC sokong keputusan MFL


  • Podium
  • Sabtu, 23 Apr 2022

Jika dilepaskan TFC, Nik Akif (kiri) akan membuat penampilan terakhir di Sukan SEA pada Mei depan.

PEMAIN muda Terengganu FC (TFC), Nik Akif Syahiran menyambut baik keputusan Malaysian Football League (MFL) yang mahu tunda Liga Malaysia buat seketika waktu, lapor portal Harimau Malaya.

MFL berbuat demikian kerana mahu memberi laluan kepada pemain yang dipanggil untuk menyertai latihan pusat Harimau Muda untuk Sukan SEA, Hanoi pada Mei depan.

Nik Akif turut meluahkan rasa bersyukurnya apabila namanya turut dipanggil oleh ketua jurulatih Brad Maloney yang mana temasya kali ini merupakan yang terakhir buat dirinya.

Pada masa sama beliau juga berharap agar pasukan-pasukan dapat melepaskan pemain yang dipanggil walaupun Sukan SEA tiada dalam kalender Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Terdahulu, MFL dikatakan terpaksa membuat keputusan drastik untuk mengubah jadual liga berikutan hanya lima pemain yang melaporkan diri untuk latihan pusat.

Lima pemain itu adalah Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Muhammad Fahmi Daniel Mohd Zaaim, Muhammad Faiz Amer Runnizar, Muhammad Shafi Azswad Sapari dan Muhammad Haqimi Azim Rosli.

Untuk skuad B-23 kali ini, Maloney telah memanggil sebanyak 31 pemain yang mana pemain Selangor FC paling ramai dipanggil iaitu 11 pemain, Terengganu FC (9), Johor Darul Takzim (4), KL City FC (2), Projek FAM-MSN (1), Negeri Sembilan FC (1), Kedah Darul Aman FC (1).

Maloney turut memanggil dua pemain yang berpengakalan di luar negara iaitu Luqman Hakim dan Hadi Fayyadh. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram