Impikan Akhyar balik Kedah, penyokong JDT tanya anak jati boleh main 'free' ke?


  • Podium
  • Sabtu, 07 Mei 2022

Terdapat penyokong Kedah yang menyimpan angan-angan untuk melihat Akhyar bermain semula bersama KDA FC. — Facebook

SELEPAS nama Arif Aiman Hanapi dipetik penyokong Kelantan yang memasang angan-angan mahu sosok pemain muda Johor Darul Takzim (JDT) itu beraksi bagi pasukan mereka, terbaharu seorang lagi pemain Harimau Selatan turut menjadi idaman penyokong sebuah skuad utara tanah air.

Pemain yang dinyatakan itu ialah Akhyar Rashid yang kononnya bakal digandingkan dengan penyerang Kedah Darul Aman (KDA) FC, Syafiq Ahmad jika tonggak sayap JDT itu bersedia pulang ke pasukan Hijau Kuning.

Namun bagi seorang penyokong JDT, Mohd Zaiful MZack, dia mempersoalkan empat perkara berkaitan spekulasi tersebut termasuk kemampuan KDA FC membayar gaji Akhyar sebagaimana skuad Harimau Selatan.

"Pertama, mahukah Akhyar? Kedua, mampukah Kedah bayar gaji macam JDT? Ketiga, adakah rakan sepasukan seperti JDT family dan keempat, mahukah dia tinggalkan kelab yang telah meningkatkan namanya dan kelab terbaik di Malaysia?" demikan soalnya.

netz akhyar 1

netz akhyar

Muhammad Ali Jeffrey pula berpendapat, dengan kemewahan serta peluang yang dinikmati di JDT, mustahil Akhyar mahu kembali ke Kedah lebih-lebih lagi layanan yang diberikan skuad itu semasa perpindahannya pada tahun lalu.

"Member tu dah sedap dapat gaji puluh ribu setiap bulan, dapat layanan Tunku Mahkota Johor (TMJ), baik punya dapat makan sedap-sedap, pergi Dubai, main dengan pemain hebat, mana mahunye yob dia nak ke Kedah.

"Hang (Kedah) tak ingat ke macam mana hang layan dia masa nak pindah ke JDT," tulisnya.

Seorang lagi penyokong, Ai Ai merasakan sentimen anak jati perlu bermain secara percuma untuk negeri masing-masing perlu dikikis dalam permainan bola sepak.

"Amik la balik 'ubi-ubi' kau tu, asalkan kau jangan lewat bayar gaji dan downgrade gaji diorang dah lah.

"Orang berkhidmat sekarang perlu ganjaran walaupun duduk bangku simpanan je, menghargai perkhidmatan orang tu amalan mulia, jangan asal anak jati je kau ingat semua boleh percuma. Cuba tanya Syafiq Ahmad tu nak patah balik ke tak?" tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram