Ubi muda Kelantan merantau kutip pengalaman di Perlis United


  • Podium
  • Jumaat, 06 Mei 2022

Muhamad Fadhilah sempat beraksi untuk dua kelab bola sepak di Kelantan.

PASUKAN Liga M3, Perlis United nampaknya kini menggunakan khidmat ubi muda dari Kelantan, Muhamad Fadhilah Mohd Fauzi sebagai pemain terbaharu mereka di posisi pertahanan tengah.

Pemain yang berusia 26 tahun itu sebelum ini beraksi untuk Kelantan (2016-2018), Perlis (2019), Kelantan United (2019-2020) dan Tok Janggut Warriors (2021-2022).

Perlis United kini berada di tangga keenam dalam dalam Liga M3 Kumpulan B.

Pemilihan Muhamad Fadhilah itu membuktikan yang Kelantan sememangnya mempunyai ramai bakat muda dalam bola sepak.

Majoriti semalam melaporkan yang penyokong Kelantan nampaknya sudah mula berangan-angan untuk menggunakan khidmat Arif Aiman, pemain yang kini beraksi untuk pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana mempunyai darah keturunan Kelantan.

Namun, terdapat beberapa penyokong yang mengingatkan supaya Kelantan perlu berpijak di bumi kerana untuk menggunakan khidmat Arif Aiman memerlukan modal yang cukup tinggi.

Malah, ada juga yang menyarankan bahawa Kelantan sepatutnya mencari bakat muda-muda untuk beraksi bagi pasukan mereka daripada membiarkan pemain berkelana ke pasukan lain untuk mencari pengalaman. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram