‘Ubi muda Kedah lebih minat jadi artis berbanding main bola sepak?’


  • Podium
  • Isnin, 18 Apr 2022

Aiman Afif merupakan satu-satunya pemain muda KDA FC yang terpilih untuk ke kem latihan pusat skuad B-23 kebangsaan menjelang Sukan SEA Hanoi. — Kedah FA

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Sabtu mengumumkan barisan pemain yang terpilih untuk ke kem latihan pusat skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan menjelang Sukan SEA Hanoi, Vietnam Mei ini.

Daripada senarai 31 pemain yang dipanggil, hanya seorang sahaja pemain muda Kedah Darul Aman (KDA) FC, iaitu Aiman Afif, yang terpilih menyertai skuad bimbingan Brad Maloney itu.

Perkara itu mendapat perhatian bekas ketua jurulatih Kedah, Mohd Azraai Khor yang seolah-olah tidak percaya bahawa KDA FC tidak mempunyai pemain muda berbakat lain.

"Kenapa seorang saja pemain U-23 dari Kedah ? Mana pergi ubi-ubi muda kita?" soalnya dalam satu hantaran Facebook.

278684545_10216206368790365_5972870829262901345_n

Senarai 31 pemain yang dipanggil untuk ke kem latihan pusat skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan menjelang Sukan SEA Hanoi.

Sebilangan peminat menyalahkan ketiadaan sistem pembangunan pemain muda yang menjadi punca KDA FC sudah tidak konsisten melahirkan bakat-bakat baharu ketika ini.

"Hampa (Kamu semua) baru tahukah tahap pemain-pemain Kedah? Mana ada program pembangunan bola sepak yang saintifik dan bersistematik? Jauh sekali daripada canggih.

"Ada dengarkah satu program terkini yang dapat melahirkan pemain-pemain muda yang berbakat super... khasnya bagi anak muda Kedah. Anak muda pun sudah beralih angin daripada berminat daripada bola sepak kepada jadi artis," kata Zalli AR.

Seorang lagi penyokong, Parin Aidil mengakui, sejak beberapa tahun kebelakangan ini KDA FC sudah tidak mengeluarkan pemain-pemain muda yang berbakat.

"Itu pasal la coach, sama ada wujud tapi tak terpilih atau pun memang tiada ubi kita yang elok. Saya tengok trend dah dua tiga tahun kita kurang keluarkan ubi-ubi yang bagus.

"Ini satu perkara yang membimbangkan dan perlu pihak pembangunan kita ambil cakna. Kalau memang dah tiada bakat-bakat dari anak muda kita," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram