'Hidup saya berubah 360 darjah sepanjang Ramadan'


  • Podium
  • Khamis, 28 Apr 2022

Josue (kanan) mengetuai KL City menjuarai Piala Malaysia pada 2021. — Facebook

TONGGAK import Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Paulo Josue merupakan antara tonggak utama pasukan berkenaan sejak berhijrah pada pertengahan musim Liga Malaysia (Liga-M) 2017.

Pada musim tersebut, Josue menjaringkan enam gol daripada sembilan penampilan dan membantu KL City melangkah ke Liga Super.

Musim berikutnya, Josue terus menjadi tonggak penting pasukan apabila meledak tujuh gol dalam saingan Liga Super.

Susulan sumbangannya bersama KL City, pada 2020, Josue diberi peranan sebagai kapten pasukan The City Boys.

Musim 2021, Josue mengetuai KL City menjuarai Piala Malaysia buat kali pertama dalam tempoh 32 tahun.

Meskipun sudah menetap selama lima tahun di Malaysia, Josue mengakui masih sukar menyesuaikan diri ketika bulan Ramadan.

Josue (kiri) pernah diuar-uarkan untuk dijadikan pemain naturalisasi Malaysia.

"Secara tiba-tiba, hidup saya berubah 360 darjah kerana sesi latihan dijalankan pada malam dan kami tidur ketika waktu subuh.

"Pada saya ia sesuatu yang sangat pelik kerana saya sudah biasa tidur awal dan bangun awal keesokan paginya.

"Ketika Ramadan, saya jarang mengunjungi rumah rakan sepasukan namun saya berpendapat ia adalah perkara biasa bagi mereka.

"Saya sangat menghormatinya (bulan Ramadan) dan kadang kala pihak pengurusan menyediakan juadah berbuka puasa untuk semua orang dan kami semua berkongsi makanan bersama-sama," katanya kepada Majoriti.

Musim ini, Josue menjaringkan dua gol dan tiga bantuan hantaran dalam enam penampilan Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Paulo Josue, KL City, Liga Super, FAM, MFL, Ramadan