Terajui senarai penjaring terbanyak Liga Super, kualiti Bergson da Silva jadi modal bersembang sahur


  • Podium
  • Rabu, 13 Apr 2022

BERGSON berjaya meledak tujuh gol daripada empat perlawanan Liga Super. — JDT

BERGSON Da Silva menjadi buah mulut peminat bola sepak tanah air, selepas penyerang import Johor Darul Takzim (JDT) itu menerajui tangga teratas sebagai penjaring terbanyak Liga Super setakat ini.

Setakat ini, Bergson berjaya menjaringkan tujuh gol daripada empat penampilan dan tidak hairanlah sekiranya dia digelar sebagai mesin gol terbaharu JDT musim ini.

Menerusi infografik Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Herlison Caion De Souza Ferreira menduduki tempat kedua dengan lima jaringan, diikuti Darren Lok (tiga gol) dan Fernando Forestieri (tiga gol).

Selain itu, Fayadh Zulkifli Amin, Paulo Josue, S.Kumaahran, serta Zhafri Yahya masing-masing berjaya menjaringkan dua gol.

Bangga dengan pencapaian Bergson, rata-rata netizen menjadikannya sebagai modal bersembang ketika bersahur pada pagi Rabu.

Bunga Orked berkata, Bergson boleh menyasarkan kasut emas tahun ini namun dia perlu bekerja lebih keras selain menajamkan lagi kemahirannya.

"Harap lebih banyak gol disumbangkan hero-hero JDT pada masa akan datang. Syabas," katanya.

template (11)

PENCAPAIAN Bergson dihujani pujian oleh peminat bola sepak tanah air.

امير صالح turut memuji kemahiran Bergson di atas padang.

"Memang padu pun dia ni, shooting bapak kuat. Naturalisasi dia ni lagi bagus untuk Harimau Malaya," katanya.

Ashid Nasir JB berkata: "Aku ingat kaki je kiri kanan meletop, rupanya kepala pon kiri kanan meletop juga."

Randyko Petra menulis: "Bergson memang tajam betul depan tiang gol."

"Bergson ni memang Target Man yang tajamlah. Harap-harap Darren Lok boleh jadi macam dia ni untuk Harimau Malaya," tambah Wawan Tad.

Sementara itu, Din Sodot berkata, sepatutnya lebih banyak gol boleh disumbangkan oleh Bergson sekiranya 'finishing' lebih padu.

"Tapi apakan daya, dah rezeki dua gol sahaja. Janji tiga mata kutip. Mantap bossku," katanya.

Bergson pada malam Ahad lalu berjaya meledak dua gol, sekali gus memastikan JDT melakar kemenangan keempat berturut-turut dengan menumpaskan Terengganu City 2-1 dalam aksi Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram