PEMILIK pasukan Johor Darul Takzim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim antara individu yang mengucapkan selamat maju jaya kepada Shukor Adan yang mengumumkan persaraannya musim ini.
Pada Selasa, Shukor memperoleh hadiah persaraan paling manis apabila merangkul trofi Piala Malaysia yang keempat dan terakhir buat dirinya sepanjang 24 tahun karier bola sepaknya.
Pada perlawanan tersebut, kelab yang diwakilinya iaitu Kuala Lumpur City FC (KL City FC) menundukkan JDT 2-0 hasil jaringan Zhafri Yahya dan Paulo Josue.
Shukor dimasukkan sebagai pemain gantian beberapa minit sebelum tamat aksi final.
STATUS Instagram Tunku Ismail kepada Shukor. — Instagram Tunku Ismail
Sementara itu, Tunku Ismail menerusi perkongsiannya di Instagram mengucapkan selamat maju jaya kepada Shukor meskipun JDT gagal mempertahankan trofi Piala Malaysia pada Selasa.
"Bukan keputusan yang baik buat kami tetapi saya gembira untuk Shukor. Satu perjalanan (karier) yang mengagumkan. Terima kasih kerana memberikan inspirasi. Selamat berehat legenda," tulis Tunku Ismail. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram