‘Hello semua terima kasih…’ tonggak import KL City gigih cuba cakap BM, ucap selamat maju jaya kepada calon SPM


  • Podium
  • Rabu, 02 Mac 2022

TANGKAP layar rakaman video ucapan selamat maju jaya daripada Paulo Josue kepada calon SPM 2021. — Facebook

KAPTEN skuad Kuala Lumpur City FC (KL City FC) mencuri tumpuan penyokong bola sepak tempatan selepas dilihat cuba untuk bertutur dalam bahasa Melayu ketika menyampaikan ucapan selamat maju jaya kepada semua calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Ucapan daripada Paulo Josue dos Reis itu disampaikan menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di Facebook Kelab Penyokong Bolasepak Kuala Lumpur - KLFC.

Untuk rekod, peperiksaan SPM 2021 dilaksanakan mulai Rabu (2 Mac) hingga 29 Mac ini membabitkan seramai 407,097 calon.

VIDEO ucapan selamat maju jaya daripada Paulo Josue kepada calon SPM 2021. — Facebook

"Hello semua, saya Paulo Josue daripada KL City FC.

"Saya mahu mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2021 yang menduduki peperiksaan itu.

"Saya harap anda dapat menikmati hari ini. Make it harder! Terima kasih," katanya.

Ucapan daripada tonggak import KL City FC dari Brazil itu mendapat 435 tontonan setakat 10.30 pagi Rabu.

Rata-rata penyokong meninggalkan simbol tanda suka dan 'love'.

Tinjauan di bahagian komen bagaimanapun mendapati ruangan itu ditutup. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram